-friends-

Jun 29, 2011

H

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.



1. What is your name : Hazirah

2. A four letter word : Hard
3. A boy's name : hafiz

4. A girl's name : hani

5. An occupation : hakim

6. A color : hijau

7. Something you'll wear: hijab

8. A food : halia

9. Something found in the bathroom:

10. A place : holland

11. A reason for being late : hampir tidur

12. Something you'd shout : hei manusia!!

13. A movie title : hikayat merong mahawangsa

14. Something you drink :

15. A musical group : harapan

16. An animal : harimau

17. A street name : haji abdul rahman openg

18. A type of car : honda

19. Title of a song : hilang dalam terang


saya nak tag semua orang jugak....





 

perigi cari timba

duk jejalan sekali tersinggah kat blog http://azfar9897.blogspot.com/ ni...

menarik tajuk nya..
perigi cari timba..
sekali aku teringat iklan 3,2,1 cinta..
ayat yang aku duk gelak jer...

""aku tak mau keseorgan bila negara mencapai wawasan 2020"
bila negara nisbah perempuan lebih
ramai dari lelaki iaitu 37:1...

bermaksud aku kena cari lelaki dalam hidup aku
tak salah pun kalau perigi cari timba

ni pulak aku cedok dari muka surat sulit naz
dan dengan sedikit editan

jangan terlalu ego


hanya kerana kita wanita. tidak semua lelaki punya sifat "gentlemen".
tetapi semua lelaki pandai gentel. kita bercakap soal "gentlemen".
kita sering berkata nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
jadi kenapa tidak cakap sahaja 3 patah perkataan, "saya suka awak".
dari perlu berkata 3 juta perkataan sebelum lelaki itu mahu memulakan hubungan.
ingat kawan manusia cepat bosan.
jangan jadikan perigi cari timba sebagai alasan.
jangan bazir masa kerana siapa cepat cakap dia dapat..

jika takutkan hari ini

bagi saya lebih baik wanita memulakan sesuatu hubungan
kerana lelaki selalu nya tidak serius.
jangan bazirkan masa menunggu lelaki.
wanita perlu berfikir give and take.
kerana selepas hubungan bermula lelaki akan menanggung gift and tax.
segala perkara dalam kehidupan punya risiko.
contoh, kalau banyak makan pun boleh jadi sakit obesiti.
kalau tak makan pun sakit gastrik.
tapi cuba lihat perbezaan mana situasi yang lebih sakit?
obesiti mungkin berat badan bertambah tetapi kita puas makan.
jika gastrik kita perlu menahan sakit sedangkan
kita tak merasakan keenakan makanan.
begitu juga hati, luahkan sahaja asalkan puas
jangan biarkan sesuatu pergi dan menyesal
tanpa kita lakukan apa pun.
tidak salah mengalah apabila penentuan nya belum tentu kita kalah.
jangan esok yang sudah di gendong tak dapat, yang di kejar berciciran.

Dalam konteks amalan ‘perigi mencari timba’

ia memudahkan proses perkahwinan. jangan jadikan sesuatu hubungan yang mudah menjadi susah. dalam islam sendiri tiada dalil yang mengatakan wanita tidak boleh memulakan sesuatu hubungan. malah pada zaman baginda dahulu pernah ada seorang sahabat yang di minta meminang oleh seorang wanita dan akhirnya mereka bahagia kerana lelaki itu juga sudah lama menyukai wanita tersebut cuma malu untuk menyatakan hasratnya.

Rasulullah s.a.w. berpesan: “apabila datang kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

****ye aku cedok bebulat gak ler dari muka surat sulit naz ni...
 
maka dengan ini aku akan memulakan langkah ku mencari timba...
dapat timba spesial dari ladang.. ehehehe

wordless wednesday..

sana sini aku tengok entri blogger hari ni
wordless wednesday..
bkn ari ni jer pun
tiap2 minggu
tapi tiap kali depa wat wordless wednesday..
aku ler paling banyak wat entri byk word.
ahahaha
tiap2 rabu idea melimpah2..
tapi tak tau nak curah menggunakan ayat..
mcm mana ni??
rasa nak wat entri kopi pes dari teruna dara ler..
boleh ker??
ehehehehe

tu ler aku..
asyik kopi ngan pes jer..
bukan belogger pun dah lame tak update blog die..
aku p jalan2 pun asyik wordless jer ari ni..
mcm mana nak bgnkan idea ni??

kerana terluka...

sebahagian lirik lagu kerana terluka dari nurul...
menusuk kalbu...
hahahaha
khas untuk mu sayangku...
sebab aku tau ko ada yg lain..
dan tak perlu aku tunggu dirimu lagi kerana aku tau
siapa diri ini disamping mu..


Tak perlui kau bertanya ke mana ku pergi


Pandailah aku menjaga diriku ini

Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan

Perjalanan ini walaupun sendirian

Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini

Tak terkata, aduhai sayang…



Ku masih lagi teringat

Bicaramu yang terakhir

Pedihnya hinggamenikam kalbu

Bisanya…



Selamat tinggal sayangku

Selamat tinggal kasihku

Aku terpaksa pergi dahulu

Kerana terluka hati ini



Jun 28, 2011

iklan Digi Youths


iklan ni aku amik masa aku bukak blog aku yg tersayang ni
masalahnya kat opis ni block fb..
mcm mane aku nak tau pasal ni??
dah ler alang2 aku gune line digi..
aku nak tau...
sape2 boleh tolong cite tak?? 

Jun 27, 2011

saman

yeah..
surat saman sampai ..
yeah aku kena saman!!! yeah!! yeah!!!
*** ada org bersorak mcm ni tak bila kena saman??

sungguh aku terkejut..
aku yg penakut nak drive ni..
***konon2nya lah
kena saman pasal memandu terlalu laju..
huh..

terkejut.. sedih terkilan..

apakah??

apakah maknanye??
xjeles pun..
tapi cemburu ckit..

huh...
kamu boleh bikin aku perasan lah abg..
kamu pun tau aku bgaimane dgn kamu kan??
kenapa suka bg ayat pengharapan??
dan kenapa aku berharap??
hahaha
pusing2 balik salah sendiri jugak..
padan muka aku..

die tak fikir aku punye cemburu pulak??
ah biarlah dia bahagia..
aku dah cukup bersyukur dah
dia jujur kat aku..
thanks abang..

mintak tolong sangat

mintak tolong kat semua lah ea..
jgn lah serabutkan otak aku yg memang tengah serabut ni
harap korang faham
aku sangat bz..
ye aku ambik masa 3 minit tuk wat entri ni..
aku tak nak terima sebarang panggilan
....
....

Jun 25, 2011

sabtu ini

hari ini
hari sabtu
membz kan diri di opis..
byk kerja..
tp tak tau mane nak mula...

guidelines plz...
nak wat kerja biase pun
kena ada garis panduan sekarang..
hurm ape2 jelah..

Jun 23, 2011

persetankan

mungkin aku bukan yg terbaik bagi mu
sungguh
aku terlalu memikirkan pandangan
dan penerimaan org
terhadap aku


ah!!!
persetankan saja semuanya
sekurang2 nya aku tidak berdusta
mahupun membuat propa
hanya sekadar menunjukkan sisi jahat
sisi sebenar diri ini
supaya tiada yg terkena kejutan
kemudian hari

ibarat kata2 beliau2 yang aku hormati
dan aku kagumi
biar siapa pun diri kita
ape pun pandangan yg lain terhadap
diri kita
hanya kita yang sungguh mengenalinya..
segala pandangan dan tohmahan tidak penting lagi..

suara ku..

suara aku..
mana kau pergi??
aku memerlukan mu
tdak boleh aku berkata2 supaya
org faham tanpa kehadiran mu
kembali lah kepada ku..
suara
suara di mana kamu???
susah betul bila suara tak de ni??
sorg pun tak leh dengar kata hati aku..
aku nak cakap pun org tak faham..
maka aku angguk jer semua benda...

Identiti Penggodam didedah


WICKFORD, Britain - Identiti individu yang disyaki mengetuai ketua kumpulan penggodam komputer global, LulzSec didedahkan semalam sebagai pelajar pintar berusia 19 tahun, Ryan Cleary.

Sebuah akhbar melaporkan dia dipercayai mendalangi operasi pencerobohan siber tersebut dengan menggunakan dua buah komputer di bilik tidurnya di banglo milik ibunya di sini.

Ryan ditangkap dalam operasi bersama oleh polis Scotland Yard dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di kediaman ibunya, Rita, 45, yang berharga £330,000 (RM219,545) kelmarin.

"Kemungkinan besar bandar ini merupakan pusat pergerakan untuk menggodam rangkaian komputer milik kerajaan-kerajaan di dunia," kata seorang pakar komputer kelmarin

Pelajar itu kini direman di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London.

Ibunya yang merupakan seorang jururawat memberitahu, Ryan banyak menghabiskan masa di sisi komputernya.

Jelas Rita, anaknya mempunyai sejarah sakit mental dan menghidap agorafobia iaitu penyakit dihantui perasaan takut ketika berada di tempat terbuka tetapi dia seorang yang amat pintar.
Sumber-sumber polis berkata, sejumlah maklumat dan data dirampas daripada sebuah komputer miliknya.

Pihak berkuasa percaya Ryan merupakan 'orang penting' LulzSec, yang mendakwa bertanggungjawab mencuri nama, alamat, data bank dan kata laluan 77 juta pelanggan rangkaian permainan Internet, Sony Playstation.

Selain Sony dan satu lagi firma permainan video, Nintendo, LulzSec turut menceroboh rangkaian komputer Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Senat Amerika Syarikat (AS).

LulzSec merupakan kumpulan serpihan geng penggodam Anonymous yang melancarkan serangan siber ke atas firma MasterCard dan PayPal pada tahun lalu.

- Agensi
sumber :- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0623&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Jun 22, 2011

Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2011

dah tak duk putrajaya
mcm susah sikit nak g Floria tahun ni..
tp nak promote gak..

Tarikh : 9 - 17 Julai 2011
Tema : Roses Are Forever
Masa : 9am – 10pm (Monday-Thursday)

           9am – 12midnight (Friday-Sunday)

sorry ler bahasa agak rojak ye di sini..
sumber dari sini >> http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floria.html

Peniaga mati, otak terburai

GEORGE TOWN - Seorang peniaga maut selepas diserang sekumpulan lelaki tempatan menggunakan sebilah parang sehingga otak terburai di hadapan rumahnya di Sungai Nibong Tebal dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 pagi, mangsa Choong Chor Nim, 35, dikatakan baru sampai ke rumah bersama teman wanitanya yang berusia 19 tahun sebelum didatangi empat lelaki menaiki sebuah kereta.

Kesemua suspek terus menerpa dan menetak mangsa berkali-kali sehingga Chor Nim rebah berhampiran pintu pagar rumah teres dua tingkat miliknya itu.

Mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) setelah mengalami kecederaan parah di seluruh anggota badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa cedera di pangkal tangan kanan, bahu kanan, perut kanan, lutut kiri dan kanan, kepala, telinga serta pipi kanan manakala otaknya terburai.

Menurut beliau, polis sedang memburu keempat-empat suspek yang berjaya meloloskan diri sebaik melihat mangsa berlumuran darah.

"Kita masih menyiasat motif kejadian termasuk meneliti laporan yang dibuat pengadu iaitu wanita yang berada bersama suspek semasa kejadian tersebut berlaku," kata beliau.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

sumber : http://idhamlim.blogspot.com/2011/06/peniaga-mati-otak-terburai.html

Festival Pengantin MARA

FESTIVAL PENGANTIN..



Festival Pengantin MARA



23 Jun 2011-26 Jun 2011


Bangunan Medan MARA, Kuala Lumpur




Acara kemuncak : 25 Jun 2011 - Persandingan 6 pasangan pengantin.


lupe nak cakap sumber adalah dari : biar kejam jgn keji...

Buffered Earnings a.k.a BE

huhu..
1st time dapat BE...
nak wat ape ea pas dapat ni???
apa yang boleh aku wat??
tolong2 sape2 tolong bagi tunjuk ajar...

nak wat ape lagi nak bagi meninggkat ni??
hehehehe
budak baru belajar memang mcm ni
kecoh jer lebih...










Jun 20, 2011

hujung minggu ini..

ada tak org nak belanja aku
karok hujung minggu ni??
atau ada tak org yg sudi ajak aku g karok??
tp aku nak siang2 hari ok..
ok??
ok tak??
kalau tak nak karok pun
ajak ler g tengok wayang..
cite kl gangster ker...
eheheheeh
***terdesak dan tersedak...

Jun 19, 2011

cabaran 10 hari- hari 5 : 10 keinginan aku

selamat hari ahad semua...

ari ni nak cerita keinginan ni memang ler banyak
tambah2 aku ni pempuan..
pempuan ni memang dah di beri 9 nafsu..
so bile sebut nafsu tu maknanye keinginan

maka dengan itu dengan bangga nya aku
punye 10 keinginan ialah : -

1. nak ada umah banglo harga RM272 juta..


2. nak ada suami mcm Seth Tan .... kayo mak kayo...
 $$$$ mata duitan memang mcm ni..
3. aku nak kaya... nak duit menimbun...
4.. nak cepat2 habis buat degree ni.. penat dah ni..
5. nak baby.. tp tak nak beranak... ***boleh kan???
6. nak ada boipren baru boleh??? bosan lah.. single lagi best...
7. kalau boleh aku nak ada kuasa magik..
tak payah masak, basuh baju, lipat baju, gosok baju..
semua aku goyang kan magik warn aku.. semua jadi serta merta..
best tak keinginan aku??
8. nak ulang balik masa sekolah2 rendah dulu..
tapi ngan memori n pengalaman skarang.. tak payah susah2 blajo..
jawab jer.. kan org kate bijak..
9. nak kurus.. tp tak nak keding... nak turun lagi 20 kg boleh???
10. kalo aku tawen.. aku nak ada org sponsor umah ngan kete.. serta semua perbelanjaan kenduri..






Jun 18, 2011

cabaran 10 hari -hari 4 : 10 benda yang aku nak cakap kat seseorg

benda ni nak cakap kat seseorg ..
nak cakap kat dia ni tapi tak tercakap.. heheehehe

1.. awak ni nape awak sejuk sangat ea... tak hangat mcm jejaka lain???
 tp saya suke awak..
2. awak ni lain dari yg lain lah... awak nak kat sy tak???
3. awak ni ego tinggi2 sangat pun tak kemana... lagi melepas jer..
4. dah ler sy tak de benda sangat nak cakap kat awak ni
5. awak kate tak nak bagi harapan kat saya,
awak tanya saya syg awak tak?pastu awak kate tak payah r..
bile sy tanya balik soalan yg same awak tak nak jawab..
6. ape salah saya yg awak cakap mcm2 kat kawan sy tu..
saya tak faham, saya nak penjelasan.. dan sy nak jelaskan ape yg
awak tak faham tu..
7. nape awak tak nak bg peluang kat sy jelaskan ape2??
8. nape awak tak percaya kat sy yg awak dah kenal depan mate ,
tp awak percaya kat org yg awak kenal dalam fb??
9. awak ni buta kot tak nampak sy tunggu awak..
10. tak pelah kalo tak nampak sy.. saya tak layak pun utk awak..
sy bukan gadis lembut yg awak duk idam2 dalam mimpi malam awak..


*** semoga awak bahagia ngan hidup awak, awak call lah saya atau mesej r saya..
saya sunyi ler...

Jun 17, 2011

konvokesyen Politeknik Shah Alam yg ke-13

hari ni hari konvokesyen mamat..
ahahahaha
aku yg semangat lebih nak amik gambo...
beronok2...
hurm.. serba sedikit gambo beliau serta aku..




 ketua jabatan penyelenggaraan pesawat, en. shamsul baharin

 yeah.. kali ni aku dapat AKJ tau..

cabaran 10 hari - hari 3 : 10 perkara yg aku benci

hari ni nak cerita 10 perkara yang aku benci

1. aku benci pink.. semua benda nak pink... benci aku...
sakit pale tengok.. kalau setakat 1 2 barang jer pink
(***yg suke pink tolong jgn boikot i k,
i tak suke pink, bukan tak suke org yg suke pink)

2. tikus...sangat benci tikus sebab dia selalu bikin
i terkezut...

3. benci n tak suke org yg suke judge org tapi tak
kenal benor ngan org yg di judge tu... patut ker???

4. aku tak suke makan ikan kembung...
5. benci sangat sakit gigi... pasal menyebabkan kemarahan..
6. tak suke marah org... n tak suke dengar org bebel2 lame sangat
*** bebel ckit2 cukup r..
7. tak suke org blagak.. mcm bagus jer... cakap tak mau pandang muke
asyik sibuk ngan fon.. muke aku ngan fon ni mane lagi unik???
marah tui ler..
8. benci... benci... benci... benci ape lagi ea???
9... benci bile tak de idea... tadi punye mencurah2 skarang dah kering lak dah..
10. tamat dah ker??? akhirnya habis gak sepuluh... *** tak suke perpisahan...

Jun 16, 2011

ari tak de byk cite

ari ni diumumkan hari aku tak der cite
coz ari ni bz..
nak cari name dan buat senarai jemputan
dan sebagainya..

ye buat senarai jemputan tuk perasmian bangunan ni..
n baru nak buat surat tuk bos punye anak nak tawen
17 September ni...

mcm ne ni surat tak siap lagi
esok cuti..
pasai esok adik aku a.k.a mamat konvo...
selamat berkonvo lah ea adik ku...
hahahaha...

hidayah datang ke???
ehehehehe

cabaran 10 hari - hari 2 : 10 perkara yg aku suka

ni kat sini buat hari kedua nya...
nak cerita pula 10 perkara yang aku suka..

1. suke tengok cite yg ada investigate2..

2. suke bawak kete lelaju pastu mesti terlepas simpang,
    pastu mule r tak tau jalan dah
3. suke tengok perempuan lain..
    maybe suke tengok kejelitaan org kot
4. suke nyanyi kuat2 tapi tak semestinya suke nyanyi sore sedap kan??
5. dedulu b4 duk ngan mak kat shah alam ni suke duk
    kat kedai mamak JS Maju.. tak tau le ngape kan..
6. suke cari kawan...
7. suke tengok cite lawak jugak.. tak suke tengok drama2 penuh konflik
    sebab dalam hidup ni pun dah byk konflik lagi mau tambah ke??
8. suka ular.. tp tak leh nak bela pulakkan.. pasal org semua takut ular..
9. suke gak kat ikan gapi... n sugar glider.. ****ada sape2 nak hadiahkan tak??
10. suke berangan ada rumah besar, nak ajak mak ayah pindah same2 duk same2...
 ***xdilupakan adik2 aku k...
 

Jun 15, 2011

tips..

aku ni beriya nak bagi tips kat org..
tapi hakikanya blog aku ni pun perlukan perhatian..
maksud aku ni blog ni masih tidak ramai yg membaca
atau mengikuti

tips ni aku dapat dari seorg budak kampung..
aku jejalan g kat blog dia tadi..
cari cara nak naikkan ke femesan blog aku ni

dan ini yang aku telah jumpe di blog beliau...

rajin update entry


aku punye style bile terlalu rajin jadi mcm hari ni lah.. dah lima entri tuk hari ni jer..
tapi kalo malas datang sebulan 5 entri jer..
tu yg pembaca pun malas nak masuk tu kot
rajin blogwalking

aku ni memang ler jarang2 sangat g blogwalking.. pasalnya kerja aku.. dan belajar aku serta internet aku yang tak berapa nak laju kan??
aku pun jejalan kat blog yg follow aku atau komen aku.. tapi thanks kepada semua yg rajin nak baca blog aku.. **berapa kerat lah sangat.. xkesah lah.. yg penting korang tau aku hargai kehadiran korang kat sini

bilangan entry di muka depan
set kan 2 atau 3 entry kat muke depan. bile pembace tak puas,diorang akan tengok entry yang lain.
***aku kopi pes sebijik dari budak kampung
pasang widget yang membantu naikkan PV

haaa....ni pun penting. daripada korang letak widget terbang sane sini,baik korang letak widget macam recent post, related post, linkwithin, blog archieve. semua tu boleh naikkan PV. tak caye?cube buat.
***(ni pun aku tiru bulat2 dari budak kampung)
segmen

ni langsung aku tak pernah buat... mcm ne ea nak buat???

Pastikan loading blog kau laju!

Kalau lambat sah-sah depa tekan pangkah je. Lagi 1 supaya pembaca rasa selesa. Bila depa selesa, kemungkinan untuk diaorang lepak lelama kat blog kau agak tinggi. Bermakna kemungkinan untuk PV kau naik pun tinggi.
***dan yang ini pun kopi pes bulat2 dari budak kampung

password korang selamat tak??

aku ni  tengah rajin
jap2 g terjah blog member2 blogger
tapi yang aku terjah ni bukan blogger katenye..

so dia wat entri pasal keselamatan password korang
jom g check password korang selamat tak??

jom g tengok kat sini

ok.. password aku pun amik masa 600 tahun k...

cabaran 10 hari - hari 1 : 10 perkara tentang aku












memulakan cabaran 10 hari..
nasib baik 10 hari jer..
kalau cabaran blogger2 lain yg ramai buat seperti cik epal serta miss akiss
buat cabaran 30 hari kan??
biase ler aku tak ler kental sangat nak wat 30 hari berderet..
10 hari ni pun blum tentu terlaksana setiap hari..
tapi sebab nak cabar diri sendiri kan??

memula skali nak cite 10 perkara tentang aku...

1. ramai tak sangka aku ni personal assistant a.k.a P.A...
    maybe sebab penampilan aku tak mcm P.A lain kot...
2. ramai meneka umur aku melebihi umur sebenar aku...
    aku nampak tua sangat ker???? tahun ni umur aku 24..
    skarang masih 23.. blum capai tarikh tersebut k..
3. keje kat mane ea??? skarang ni kerja kat
    Jab. Audit Negara Negeri Selangor..
   dulu2 keje kat bawah JPM di Putrajaya,
   tp sekarang balik ke kg. halaman di Shah Alam
   n ramai yg ingat aku mintak tuk balik sini..
   sebenarnya tak.. kat sini jer ada kosong bawah jab. audit.. 
   bkn permintaan aku sebenarnya..
4. aku gemuk... ye sebab tu name blog aku blog budak gemuk
5. aku sangat degil ngan mak ayah aku.. tp aku sangat lembut hati
6. aku ni pemaaf orgnya
7. senang sayang kat org.. tak kesah le laki ke pempuan..
8. boleh kate jiwang karat gak orgnya... serta manje
   (***manje ker?? org kate kat aku lar.. aku  tak rase aku manje)
9. aku praktikkan perkataan pakwe angkat kat kamarul
10. masih single... (**ayat promote diri sendiri)

tu jer 10 benda pasal aku...
aku pun tak tau ngape ler aku cakap mcm tu kan??
maybe idea dah berenang ke laut..
ape pun... majulah sukan untuk negara..
sekian

Aku telah tercabar dengan cabaran 10 hari

tak de sape pun cabar aku suruh buat cabaran ini ye..
tapi sendiri2 jugak yg gatal mencabar diri
ni semua sebab g jejalan kat blog cik ezy

aku akan mulakan hari ini..
tapi teringin sangat nak suruh kawan2 join
cabaran ni..

nak suruh
1. cikcleopatra
2. sayabukan belogger
3. puan tomoyo

ini cabaran nya..

hari 1 : 10 perkara tentang aku
hari 2 : 10 perkara yg aku suka
hari 3 : 10 perkara yg aku benci
hari 4 : 10 benda yang aku nak cakap kat seseorg
hari 5 : 10 keinginan aku
hari 6 : 10 benda kalau tak de aku tak leh teruskan hidup dengan aman
hari 7 : 10 org paling penting dlm hidup aku
hari 8 : 10 daripada lagu kesukaan aku
hari 9 : 10 cara nak tawan hati aku
hari 10: 10 ayat2 terakhir...








hari rabu

malam tadi duk teringat
kalo dulu2 ari selasa g paso malam
mase bebaik ngan mamat ni dulu
g paso kat bangi..
pastu dah tak baik
g paso malam kat putrajaya ngan



tiap2 minggu k...
pastu bile dah pindah duk shah alam ni
duk ngan mak aku
tetiba aktiviti memalam g pasar terhenti begitu sahaja...
sedih... plus with rindu..









Jun 14, 2011

kisah dongeng aku..

Fuhh...
bile dengar lagu ni n hayati lirik die
mcm luahan hati aku pulak..
ahahaha..
ape pun hope korg enjoy ea...

kisah dongeng - stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Jun 13, 2011

redha - tom

ntah bape puluh kali aku klik new post entah
bape puluh kali jugak aku cancel tuk
update blog ni..
petang2 ni dengar radio terpesona ngan lirik lagu
nyanyian tom ni..
redha...
maka dengan itu aku pun tepek ler lirik kat sini..

sangat terpesona ngan lirik ni
maybe baru kecewa kot
***sebenarnya aku tak pasti aku kecewa ker tak..

Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan

Aku redha untukmu yang aku cinta
Demi kebahagiaan kita
Mungkin kan kekhilafanku
Aku redha cinta ini terbiasa
Ujian telah huru-hara
Mencari kelemahanku

Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan

Aku redha andai kau jauhkan diri
Membawa hati dan mimpi
Membiasa hidup sendiri
Aku redha walaupun dada berburai
Jiwa tak bisa menghurai
Betapa cinta padamu

Oh kasih jangan kau persiakan waktu
Maafkan aku tak berjaya
Mencipta bahagia ku janjikan

lirik ni aku curi dari sini


Jun 10, 2011

penyu bernafas melalui bontot..(ape ler asyik kopi pasta cite org..)

ni aku kopi pes lagi dari org... cerita asal dari sini


Tahukah Anda..Penyu bernasaf melalui punggung nya atau bahasa lain
Bontot nya..


ini fakta betul dan hanya sebilangan penyu sahaja yang bernafas melalui punggungnya..
penyu ini akan tahan lebih lama di dalam kedalaman yang extreme di dalam laut..
jika tiada udara..penyu ini akan mengambil air dan disimpan di dalam ‘kloaka’,
dimana di situ sistem di dalam badan penyu akan mengasingkan molekul air dan hanya mengambil oxygen.
kerana air mempunyai molekul hydrogen dan oxygen.
selepas itu,ia kan mengeluarkan air yang sudah di ambil oxygen dan mengambil semula air lain
secara sedikit demi sedikit..hebat bukan?..
kerana air mempunyai molekul hydrogen dan oxygen.
oleh sebab itu,penyu dapat bertahan di dalam air sangat lama berbanding binatang 2 alam lain.
pelik kan?..tula kuasa tuhan..penyu pown pandai..
fuh..memang menakjubkan penyu nie..
hahahahaha..
ini fakta betul dan bukan tipu dongengan… :)


a shoulder to cry on..

yes aku sokong ape zie kate..
bkn senang nak jumpe org yg faham
ape yg kte cube sampaikan..

kadang2 kite bukan nak dia buat ape2 pun
cume nak dia dengar jer..
cerita kita
luahan kita..
ye kte perlukan someone tuk dengar
ape yg kte nak cakap
kalo cakap ngan kerusi meja
org kate gile pulak...

tpi tulah dulu ada sorg insan ni
aku cube buat dia sebagai kawan aku tapi
dia tak leh terima aku nak bercerita dengan dia
soalnya pada aku
ira, ape kepentingan ira cite ni??
nape perlu cerita kat saya..
saya bukan boleh buat ape2 pun...

aku cume nak ko dengar jer..
xsuruh komen tak suruh buat ape pun...

itu jer yg aku nak cakap tapi tak terluahkan..
ye...
aku sangat menjaga hati org yg
tak pernah nak jage ati aku..
tapi dah tak makan ati sekarang ni..
sebab pada aku biar dia jadi diri dia
daripada dia berselindung pura2 dengar
lagi sakit hati kalo mcm tu...

miss u
kawan yg tak pernah dianggap...
n rindu sangat2 kat korg di PUTRAJAYA...
dah jauh tercampak di shah alam ni...
mane nak cari bahu org tuk aku menangis kat sini???

senarai tugas

tengah buat senarai tugas tuk dimasukkan dalam FM
baru ler terkial2 cari contoh..
malas lak nak mintak kat org atas..
same jer mcm tak payah mintak..
baik ler mintak kat kengkawan kat JAN HQ...
masalahnya ada ke kawan aku kat HQ tu???

tolong ler kengkawan...

Jun 7, 2011

sesuatu untuk renungan di hari yang bosan sambil mengenang cinta yang telah pergi. [amik kau panjang gile tajuk]

tajuk kat atas tu bukan aku bagi...
tp sorg blogger yg aku tiru bebulat
tajuk dia serta hasil tulisan dia k...


Dialog si gadis dan si tua.

Si gadis yang sedang putus cinta menangis di taman.

Lalu datang seorang tua bertanya : "Mengapa kamu menangis wahai gadis?"

"Aku sangat sedih, kerana dia meninggalkanku." jawab si gadis.

Si tua tertawa mendengarkan jawapan si gadis.

Si gadis marah lalu berkata :
"Kenapa kamu ketawa hai orang tua.
Sedang aku teresak menangisi cinta yang telah pergi."

"Kamu tidak perlu bersedih wahai gadis.
Dia adalah orang yang seharusnya bersedih." tegas si tua.

"Mengapa perlu dia bersedih wahai orang tua,
bukankan dia yang pergi meninggalkanku?"
tanya si gadis menahan tangis.

"Kamu hanya kehilangan
orang yang TIDAK mencintaimu,
tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya."
ucap si tua sambil berlalu pergi.










Jun 6, 2011

jodoh lagi



Manusia hanya merancang, 
Allah yang menentukan.”
Jodoh adalah perkara yang sudah 
ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa.
Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui 
dia memang ditakdirkan untuk kita?

Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar,
mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. 
Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi 
mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

 Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama 
dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, 
spiritual dan fizikal antara keduanya. 

Apabila bersama, 
masing-masing dapat merasai kemanisan cinta 
dan saling memerlukan antara satu sama lain. 

Lalu gerak hati mengatakan, 
dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

manusia berkawan kerana kepentingan

mungkin tajuk di atas akan dinafikan oleh
segelintir individu yg benar2 ikhlas utk berkawan

tpi mane nak cari manusia yg tul2 ikhlas tu??

mungkin kau hanya berkawan demi kepentingan2 aku
mungkin kau perlukan tempat utk berbual
*** tanpa kau perlu tipu ketidakjujuran kau
       seperti kepada yg lain
ape pun kepentingan aku pada mata kau
aku terima seadanya...

terima kasih atas semua kenangan terindah yg pernah kau
bagi dan kau ajak aku kutip bersama kau
**walaupun ko dah jatuh kan saham aku
pada kawan ko yg nak kenal aku kan???
**nape ko kena kate aku awek ko??
aku beriya cakap kat depa ko tu kawan aku
dah hilang calon2 utk aku..
ko tak pe r madu aku pun ada 3..

ape2 pun sejarah mungkin berulang
dan aku tak nak kau ulang2 sejarah tu
ko nak aku jadi kawan biase bg ko lepas ko tunang n tawen
sorry.. ko dah jadi kawan luar biase aku
tak mungkin aku akan buat ko biase bagi aku
ko bukan seperti yg lain2 ok..
kenangan n sejarah antara ko ngan aku tu
bakal aku simpan dalam gerobok kat arkeb muzium hidup aku..

thanks ...
will missing u...

cerita hari ahad 5 Jun 2011

semalam berfoya2 di Putrajaya ye..
owh dalam blog ni lupe nak bagi tau
aku dah pindah di shah alam
rumah dan kerja di shah alam mulai 1 jun

maka dengan itu semalam pagi2 lagi aku tercall seseorg
**** mamai hakikatnya..
mcm ne leh dail no dia entah
pastu dah lepas mandi bagai
aku tengok fon ada misscall
maka aku call semula...

dia kate aku call dia.. beriya2 lah aku menafikan..
pastu check fon semula..
hahahahaha
memang betul aku ada call dia pepagi buta

n start mesej2..
n kuar r ngan dia...
memula nak g cari kete..
pastu tak jadi
habiskan duit dia yg berkepuk kat karaoke alamanda
selama 1 jam 40 minit..
aku nyanyi tak hengat dunia..
dan aku berjaya menyumbangkan byk lagu yg tak sumbang..

after that sepupu tersayang a.k.a bella datang dan tersesat..
aku g kutip dia pastu anta mamat tersebut kat umah..

aku pulak g alamanda semula ngan bella n fisha...

pastu balik umah
pas tu g lepak Imthiyaz ngan naein, wan serta mardiana ...
balik bawak mak aku g tesco pulak..
balik tesco dapat menambah koleksi baju kurung lagi sepasang
***selamat dipakai hari ini

tengah malam dikejutkan dengan satu berita
my bf angkat now ex-bf angkat
dah nak tunang..
so aku single semula sebab dah tak de bf angkat

semalam penuh kejutan
pepagi aku dah kuar ngan mamat yg dulunya bukan kawan,
bukan kenalan, bukan sesiapa..
tapi boleh duk satu kete duk satu bilik nyanyi sesame..
mcm ape jer.. hahahaha

tengah malam mamat kamarul tu bagi
aku terkejut lak dia dah nak tunang..
hurm...
sakit pedih...
*** tak kowt pasal aku dah tau dia memang ada awek..

Jun 2, 2011

kisah malam jumaat

Malam ini malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya,
dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini.
Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini
sudah mempunyai lapan orang anak:
empat daripada mereka masih kecil lagi.
Yang bongsu masih lagi menyusu
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim
pada Ani, isterinnya yang sedang
menyusukan anak bongsu mereka

” Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih
belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu”

” Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan
ke bilik sebelah membaca Al-quran” balas Kassim,
sambil ke bilik air mengambil wudhuk,
setelah mendapat kan songkok.
Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk
Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

“BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM”

” Bang!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar
suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya
dalam jangkamasa yang begitu singkat.

” SODAQALLAHULAZEEM “


malam ni malam jumaat kan???


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...