-friends-

Apr 28, 2010

Sebarkanlah dgn keikhlasan, InsyaALLAH


Copy n Paste From Blog Zel
KAWAN AKU MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.


Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.


Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.


Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.


Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.



Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.



2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.


Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.


Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan?kaki pula bersimen.


Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.


Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.


Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak?ataini lillaahi ta?aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-?u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya?-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min?ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-?a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ?aliy-yul azhim.
 


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.



Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin

jumpe bahan baru



aku invite sesape yg menjengah blog ni ke youthsays.com




Apr 22, 2010

~biz math~

 biz math... subjek terakhir aku peksa sem ni.. sem depan tak tau pulak subjek ape.. aku bukan tak suke math..
aku suke sangat2.. tapi nape lately aku mcm lembab math... aku perlu uji diri aku dan wat latihan.. tapi bile aku wat latihan math jer.. aku jadi pusing... adoi...


Apr 19, 2010

Harimau kayu..

Skandal Harimau Kayu...
(mcm dah outdated)

Ianya memang harimau,
bukan sembarangan harimau
Bukan pulak ukiran kayu harimau.
Tapi memang kayu
Telah menampakkan belang,
Gah di padang,
Juga di ranjang,
Kini semua memandang,
sentiasa diundang.

Harimau kayu,
atau pun

Tiger woods,
Itulah yang dimaksudkan,
kayu kan????


credited to :CIKGU HUMAIRI

saper kata kentut kita tak nampak?

MPV Estima terbakar ~ Achik Spin maut

Apr 16, 2010

~kesempurnaan..~



Pleasure in the job puts perfection in the work..

masalahnya memang tak der pleasure pun..
mcm ner nak dapat perfection ni??

Apr 15, 2010

~kecewa~rindu~bengang

kecewa rindu bengang..
asal tetiba aku duk teringat kat mamat ni..
yg pergi tu biarkan pergi..
yg datang ada lagi..
tapi pesal tak leh ea...

tapi kalo datang pengganti yg mcm ni aku tak nak lepas...
Pierre Andre bile ko nak masuk minang aku ni?? 


 ***entri perasan ke perasaan sekarang ni??

~gembira~

betul ker kate orang kalau kita nak gembirakan diri kita,
kita perlu gembirakan orang lain dulu??


tapi betul ker?? kalau betul aku nak tampal muke senyum jer macam kat atas ni...

kebelakangan ni ramai orang kate aku mcm tak hepi... aku muram...
kenapa ea??
aku mcm hilang keyakinan diri..
aku nak bercakap ngan orang pun mcm banyak fikir..
sbelum ni..
aku tak teragak2 tuk kenal orang..
bercakap ngan orang..
sampaikan kadang2 aku dalam kete orang tu kat luar pun aku leh menjerit semata2 nak kenal org tu..
gila aku...
tapi sekrang ni...lain sangat... kenapa keyakinan diri aku hilang.. ketidakpercayaan seseorang yg penting dalam kerjaya aku kot penyebabnya.. aku amat tak seronok.. tambahan pula org kepercayaan die seperti mahu aku keluar dari sini..

aku dah cube tuk gembirakan orang lain..
aku tak pasti samada aku berjaya atau tak..
aku semakin byk termenung n mengelamun..
mengapa??

Apr 12, 2010

sape nak ikut aku petang ni??

sape2 nak ikut g biz preview hyprobulksms??
lokasi HQ Hypernet Resources..
Damansara Perdana..
bermula pukul 9 malam..
akan bergerak dari putrajaya pukul 7
berhenti sembahyang di hentian ayer hitam, selangor.. * bukan melaka k..
sape nak cakap r cepat kat aku.. tempat terhad coz kekosongan kereta hanya 2 tempat duduk..
tapi sape ada kereta sendiri lagi dialu-alukan.. plz bg tau aku k.. 
boleh call or msg.. 
013-3398841 atau ym aku kat hazirah_khazali@yahoo.com

eiraputra..

Apr 8, 2010

~macam tak puas hati~

secara seriusnya... aku memang tak puas ati ngan pempuan tu...
die mcm tak puas ati ngan aku tanpa sebab..
tapi tak mau cakap kat aku tapi duk cucuk bos aku..

cakap r depan2
leh gak aku bela diri..
ni tak.. nak cakap belakang2 pastu konon nak sorok dari pengetahuan aku yg die tu menyiasat aku..
tapi aku tau gak...
nape??
sebab takut rahsia die terbongkar.. die duk sibuk tepi kain orang.. n die tak nak bg peluang kat aku bela diri aku..

Apr 5, 2010

budak comel

aku g blog walking kat satu blog ni.. die cakap kat jgn klik link die.. tapi aku degil.. aku klik gak..

klik sini

korang nak tau ape jadi??
.....

cube lah korang klik kalo korang rase nak tau...

kalo tak nak tak per...

tak paksa pun..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...