-friends-

Nov 29, 2009

analisa tahi lalat



Hazirah Khazali memiliki tahi lalat di Bibir bawah atau atas.

Dengan tahi lalat di Bibir bawah atau atas tersebut memiliki gambaran Disenangi banyak orang dan murah rezeki

tak tahu btul ker tak...
tapi terima untuk kebaikan masa depan..
I/Allah murah rezeki n disenangi ramai hendaknya



Nov 28, 2009

~kursus gubahan bunga~ 19 November 2009~

ni gambor2 yang dapat dari fb kawan yang same2 pergi kursu gubahan bunga terletak di jabatan Penerangan pada 19 November lepas yang disampai kan oleh YM Tengku Auvaroza

cantik2 kan bunga2 dia

lepas lik kursus ni hati memberontak nak jadi pembekal bunga2 tropika ke luar ngara...
bestnya kalo impian jadi kenyataan/....
cantik bunga halia bara tambah ikan laga di bahagian dasar

campuran berbgai2 jenis bunga termasuk orkid ..
mawar kuning
gubahan bunga yang dikatakan berasal dari jepun..
name dah tak ingat tapi gubahan ni menceritakan sesuatu secara keseluruhan


yang paling aku suka....

yes!!! cinta itu buta..
sekarang aku dah mula jatuh cinta pada bunga!!!

Nov 26, 2009

~to day is my buffday~

erm... dah 22 tahun umur aku..
bermula dari jam 12.00 tengah malam, ucapan kelahiran pertama terbit dari mulut PAK A @ Remy... hehehehe
the second one is Charm.. kemudian qisk n the rest...
rindunya saat2 menyambut hari kelahiran tahun lepas kat EPU...
hehehehe

tengahari tadi g makan ngan Man n ANna kat anjung..
amik gambor kek, gambor kteorang, ngan gambor man..
hahaha

seronok tengok ana seronok..
dan kteorang asik gelak jer sejak dari malam tadi..
aduh...
besh r gelak..
len kali nak wat lagi ape yang kteorang wat malam tadi
"roller coaster" tapi kereta..
hehehehe
adik aku n my mom wish me hepi bday tengahri tadi..

Nov 23, 2009

kedai tak untung


tengah jalan2 tengok blog2 orang lain @ bloger2 lain yang tak dikenali

satu entri yang menarik perhatian aku...

satu gambar kedai yang bertempat di kuantan kedai tak untung..

kesian toke ni..

siap blogger ni suruh tukar name bagi name yang leh mendatangkan keuntungan yang lebih besar...


Nov 19, 2009

kursus asas gubahan bunga..

salam, hari ini 19 November 2009... ada kursus asas gubahan bunga di Jabatan Perangkaan, Parcel C Putrajaya..
ingat kan ramai lah tadi.. tapi ramai lah jugak dalam 50 orang dari pelbagai agensi di bawah JPM, anjuran PUSPANITA JPM.
Kursus singkat yang menarik, sayangnya tak dapat timba ilmu sepenuhnya dalam bidang ni..
bile agaknya leh blajar menggubah bunga secara professional lagi mcm ni..

Nov 6, 2009

~fikir di luar kotak~

Salam, hari ini saya ada satu artikel yang menarik daripada sebuah blog lain yang ingin dikongsi bersama anda selepas saya melihat-melihat blog berkenaan dengan berfikir di luar kotak. Soalannya simple sahaja tetapi sedikit tricky. Anda dah bersedia?

Anda sedang membawa kereta anda. Seperti biasa, pada masa tersebut anda masih lagi bujang.Oleh itu, kereta anda hanya mempunyai dua tempat duduk sahaja.Biasalah kereta sport.
Waktu tersebut hujan turun dengan lebat dan kilat saling sabung-menyabung. Anda melalui satu perhentian bas di mana di situ anda ternampak tiga orang sedang menunggu bas.Orang tersebut adalah:

1.Seorang perempuan tua yang sedang sakit tenat dan perlu dihantar kepada hospital secepat mungkin.

2.Seorang lelaki tua yang pernah menyelamatkan nyawa anda.

3.Seorang perempuan muda yang merupakan gadis/lelaki impian anda yang selama ini anda tercari-cari.

Apakah anda lakukan? Fikir betul-betul.

Sebenarnya soalan ini ada digunakan didalam temuduga.Soalan ini melibatkan etika delima sebenarnya.

Anda memilih perempuan tua kerana perempuan tua itu sakit.

Anda memilih lelaki tua kerana lelaki tersebut pernah menyelamatkan nyawa anda.

Ataupun anda memilih gadis/lelaki idaman anda kerana jarang anda menemuinya.

Untuk kes ini, antara 200 orang yang menghadiri temuduga tersebut ada seorang telah memberi jawapan yang unik. Dia telah berfikir ‘out the box’. Jawapan beliau:

Dia akan memberi kunci keretanya kepada lelaki tua, supaya dia dapat membawa perempuan tua yang sakit ke hospital. Manakala pula dia akan menunggu di situ bersama-sama dengan gadis idaman dia.

Dan orang tersebut berjaya dan mendapat pekerjaan tersebut.”You are hire.”

Jawapan anda tidak sama? Hal ini kerana kita telah meletakkan batasan di dalam minda kita. Kita telah meletakkan bahawa hanya ada satu cara sahaja,iaitu kita hanya boleh memilih seseorang sahaja. Sebenarnya otak kita mampu mencari apa sahaja penyelesaian. Jangan letak limitation di dalam minda anda. Think out the box seperti yang dilakukan orang tersebut.Anda adalah HEBAT sebenarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...