-friends-

Dec 15, 2010

cerita nikah hanny @ naein @ mahani






yang diatas ni dari camera wani n di snap oleh siapa tiada ku tahu..




ni gambar aku snap gune cam wani... aku suke.. baru pas nikah masa ni..

yang bawah ni semua dari cam aku pada hari sanding sebelah naein..
ada yang aku snap n shukri amik...

 








sorang lagi kawan dah kawen..
aku bile lagi??
calon tak de..
hahaha
mak aku duk tanya jer..
carikan lah sorang.. 
boleh??


Dec 8, 2010

bz di saat2 akhir waktu bekerja

dah mcm lipas kudung dah aku lari2 g cari org  
tuk booking bilik mesyuarat esok.. 
sambil2 tu aku tengok org dah packing barang nak balik umah..
jgn lah org yg aku cari ni balik..
tapi nasib meyebelahiku ** saje nak kuarkan ayat poyo...
semua tingkat yg dijage di siberjaye ni penuh.. tp tingkat 6 kosong..

tq cc normah...
tp nampak lah kelam kabut aku tadi..
eee malunya... 

Dec 6, 2010

bila ada masalah..

bila hati meronta2 nak cari jalan nak selesaikan masalah..
sape nak tolong bg jalan n mudahkan perjalanan kte selesaikan masalah.. 
n masa tu kite baru tahu sape kawan kte sebenarnya...
aku tak tau nak komen byk... tp sekarang ni aku asyik duk fikir.. 
bile kte byk duit.. baru ada ramai kawan keliling..
kalau tak de duit... semua hilang..
yg hutang lame2 pun susah gle nak kutip..
sikit2 boleh terima lagi. tp kalau mkan ribu2 mcm ner??
leh ke ko diam?? leh ke ko wat tak de ape2 jer sedangkan ko tau??? erm..
sakit ati..
biase r luar muke sengih mcm kerang, 
dalam hati ni mcm dah remuk kena kaca kena hempas... adoi!!! sakit kowt.... 


gone!!


Luar aku tersengih macam kerang busuk, dalam aku menangis macam tenggiling kena simbah clorox. siapa tahu? dulu kau buat aku ketawa. kau buat aku senyum. kau buat dalam hati aku ada taman bunga. tapi kadang kadang menangis. melalak macam mak lampir. tapi sekejap, lepas tu baik balik. benda tu balik balik. benda yang sama. betul cakap orang cinta tu buta. kadang kadang tuli dan pekak jugak. sepatutnya aku dah sedar dari dulu.

Sekarang benda tu dah jadi sejarah antara kau dan aku. tapi sejarah boleh berulang. yang aku tak suka tu kenapa kau suka sangat nak ulang ulang sejarah tu. benda tu dah boleh letak dalam gerobok muzium lah. tolong lah. sepatutnya kau kena faham aku. kan aku dah kata tak nak, jangan lah kau datang menagih simpati lagi.

Tengok, kan aku dah emoemo. ahh tak suka tau. aku okay je sebenarnya. tapi ke-okay-an aku telah dicuit dengan sistem pesanan ringkas dari buaya mangkuk tingkat tu. tak faham bahasa betul. nak suruh aku cakap bahasa jermang ke? pffft.

Aku tak tahu lah kau sedih atau pura pura. aku boleh tengok lagi jarak jauh ni ja. maaf kalau kau jatuh dari tingkat 88 pun, aku tak kan hulur tangan nak tolong kau. fcuk off. mungkin kalau kita ada anak nama berikut yang sangat sesuai. mungkin siti la nina, ahamad tornado atau mungkin sharifah tsunami?

Sekarang lari laju laju sebab aku nak jadi ultraman yang nak fire raksasa guna laser! dan jangan pernah salahkan harimau dan kucing.

╔══╗ ♥ ♫ ♥
║██║ ♫ ♥ ♫
║(O ║(•̪●) " muzik bergema"
╚══╝
" Bila cinta..lalalalalalla "

█ ▄ █ ▄ ▄ █ ▄ █ ▄ █
Min- - - - - - - - - - - -●Max

► Play. ▌▌Pause

Dec 2, 2010

Untukmu Adam dan Hawa | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Untukmu Adam dan Hawa | iluvislam.com + discover the beauty of islam\


Adam...

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Dan

Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.

Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.

Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.

Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.

Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.

Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...