-friends-

Mar 12, 2009

C.i.N.t.A

cInta dImulaI denGan SbuaH SeyuMan,
BertUmbUh DenGaN SebUaH CiumaN,
daN beRaKhiR dENgaN TiTisAN AiR maTA,
SunGGuH MenYaKitKAn MenciNtaI,
SesEoranG Yang TidaK mencIntaiMu TetapI,
LebIh MenyAkitKaN aDalaH menCintaI SeseoranG Dan,
TidaK pernaH MemIlikI,
KebeNaraN UntUK MengUtaraKan CintaMu PadanyA...

JangAn PernAh MengucapkaN SeLamaT TinGGAL,
jiKA KAmU masIh MaU mencOba,
JangaN pernah MenyeRAh JikA kamU masIh sanGGuP,
JangAn PernAh MenyataKAN KAmU Tidak,
meNcinTaInYa LagI JikA kamU MasIh tIdaK dApaT MelupaKAnya....

Mar 10, 2009

kata kata penuh makna

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yg telah pun terbuka untuk kita.

Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah “Ianya” hadir.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang… .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram.

Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang anda inginkan, pergilah ke mana-mana yg anda ingin tujui dan jadilah apa yg anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan anda kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan anda bahagia… .

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka. Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari”

mizul

kenangan terindah..
tapi takut lah jadi kenangan terakhir lah pulak...

persoalan

"kenapa perlu bersedih bila kehilangan seseorang yg kita cinta??adakah kesedihan mengembalikan dia yg kita cinta??"

Mar 6, 2009

cinta dan kawan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa?? Kerana CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,
sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....
Walau kita punya couple, teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak,
teman still paling berharga. Sayang awak!!

Mar 5, 2009

tak mungkin kerana sayang

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Its all about heart & feeling

Readers ,

Andai ada di antara anda yang pada mula nya
sangat menyintai & menyanyangi pasangan anda ,
tetapi tiba2 pada suatu ketika
anda mengetahui anda akhirnya tidak menyanyangi nya lagi ,
berkata jujur lah pada nya kerana
jika anda mengambil langkah untuk berdiam diri
dan terus pergi meninggalkan nya tanpa berkata apa2...
Dia pasti akan terus berharap dan berharap
Sehingga akhirnya dia mengetahui hakikat bahawa
anda telah menemui penggantinya
Nescaya dia akan merasai kesakitan yang teramat sangat.
Put yourself in her shoes.
Apa yang anda rasa???

Mar 3, 2009

PENDUSTA CINTA!!!

tajuk jer pun dah menunjukkan yang aku tengah kecewa...
tapi kenapa ea???
aku bukan nya setia pun slama ni???
setia ker tak ea?? ngan sape pun aku kawan aku tetap kenalkan pada zam
ape yang boleh aku katakan
zamani ni penipu, pemutar alam yang amat hebat
jangan sampai aku putar dia balik
tapi tak pelah aku dah tak kesah pun
biar dia bahagia dengan hidup dia...
itu pun jika dia berubah
kalo dia tak berubah sampai mati pun takkan bahagia...

lagu untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan
hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
BebaskanKu ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

http://iLike.com/s/3GjNw

zamani che lah


erm... bulan pose ari tu...dia tak pose... dia datang jumpe aku kat JPM... dia datang ngan Bad.. masa tu aku ngan dia ada krisis sikit... tapi dia datang gak jumpe aku... hehehe
datang pujuk lah .... pas baik tu dalam bulan 11 aku ngan dia gaduh lagi...
tapi dia datang gak pujuk aku n bg macam2 harapan pada aku...
n skrang aku tak gaduh dah ngan dia pasal dia tak maw cakap ngan aku
last aku jumpe dia ari isnin 16 Februari 2009.... pasal dia nak jumpe aku
tapi masa tu dia tak cakap ape2 pun... aku ok jer ngan dia..
aku salam dia.. dia suruh aku cium pipi dia... n dia cium dahi aku... sayangnya aku kat dia...
tapi dia diam jer lepas tu
msg tak jawab, call pun tak maw jwb... n pada 27.2.09 jumaat aku call lagi..
n pempuan yang jawab... kerek giler lah..
pastu ari ahad mak aku call dia... pempuan tu jugak yang jawab n siap bagi tau yang dia tu tunang zamani... malam tu aku call lagi... dia tak maw cakap ngan aku
dia hantar satu msg yang berbunyi.. ".... jangan kacau kami laki bini, lepas ni no ni saya pegang..." malam tadi aku call lagi dia hantar msg lagi "....awak tolong lah jangan kacau bakal suami saya.. kami kawen pilihan orang tua kami tolonglah janga kacau hidup zamani lagi ye.. saya merayu..." aku bukan mintak zamani balik kat aku pun.. aku cuma nak explaination jer nape dia wat aku mcm ni... dia tak bagi tau ape2 pun... apelah salahnya kalau dia cerita jer perkara sebenar kat aku, aku leh jamin keadaan aku takkan macam ni, coz aku selama ni seorang yang tenang, tapi bila keadaan mcm ni aku tak tenteram
aku nak dengar dia cakap... aku tak maw cakap ngan pempuan tu
salah ker aku nak hak aku.. penjelasan tu bukannya aku nak kat zam tu pun...
tolonglah sorang yang boleh terangkan keadaan sebenar.. ape yang berlaku ni????

luahan rasa

Malam tadi aku rasa sunyi sangat,
rasa macam kehilangan sesuatu tapi aku tak tahu apa dia..
Kehilangan itu aku rasa amat bermakna sangat
dalam hidup aku tapi aku tak tahu apa dia..
Pelik bukan?? rasa kehilangan tapi tak tahu apa dia??
Mungkin aku perlu muhasabah diri aku sendiri sebelum terlambat..
Aku tidak seharusnya fikir saat yang telah berlaku tapi harus fikir apa yang akan aku buat untuk lalui saat-saat yang mendatang selagi hayat aku masih ada..
Aku selalu merasakan sudah buat yang terbaik tapi tak pernah dihargai, masih kurangkah tahap terbaik itu??
Aku merasakan diri aku menjadi orang lain untuk menggembirakan hati orang lain tapi hati sendiri tiada yang peduli..
Aku berusaha untuk jadi yang sempurna di mata orang lain walaupun aku tahu tiada manusia yang sempurna..
Aku korbankan semua perasaan aku untuk tunaikan permintaan orang lain..
Bila orang di sekeliling aku menangis, aku turut menangis tapi bila aku menangis, tiada siapa yg tahu..
Aku akan jadi hyper active dan sedikit gila utk menutupi semua kesedihan dan kesakitan yang aku alami..
Hakikatnya aku tidak mampu untuk menyembunyikan semua kesakitan dan kesedihan aku..
Aku ni manusia biasa yang perlukan kasih sayang dan perhatian sama macam orang lain..
Aku buat bende yang orang tak suka semata-mata untuk tarik perhatian orang sekeliling aku..
Wajar ke aku buat macam tu??
Aku tak minta banyak, cukup sekadar orang di sekeliling aku tahu dan sedar yang aku ni wujud dalam dunia mereka..
Aku sendiri tak mengerti samada orang keliling aku yang tak faham diri aku atau aku yg tak nak mereka faham diri aku..
Mungkin aku yang tak nak mereka faham aku, tiap kali ada yang cuba memahami diri aku, aku akan lari..
Mungkin ini kelemahan aku, aku tak nak orang faham diri aku..
Aku tak nak mereka tahu semua kisah silam aku..
Aku tak nak mereka tahu apa yg aku pernah lalui untuk sampai tahap ni..
Biar aku sendiri yang simpan semua kisah aku, aku tak perlu orang lain untuk berkongsi walaupun hakikatnya aku amat memerlukan orang lain untuk meluahkan semua isi hati aku..
Ego ke aku atau aku takut dengan bayang-bayang aku sendiri??
Aku tak nak orang lain simpati dengan aku kerana aku tak perlukan simpati dan belas kasihan orang lain..
Aku tak nak orang lain risaukan keadaan aku walaupun aku tahu mereka risaukan aku..
Aku mampu untuk hidup sendirian walaupun aku sendiri tak tahu samada aku boleh menempuh hari yang mendatang..
Biar semua kesakitan,kesedihan, keperitan dan kesengsaraan ini aku tanggung sendiri walaupun aku dah tak mampu menanggungnya lagi..
Aku harap tidur aku selepas ini tidak lagi diselubungi dengan bayang-bayang hitam kerana aku mahukan tidur yang aman sebelum aku menghembuskan nafas terakhir..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...