-friends-

Jul 30, 2010

~kata2 manis lelaki~







ayat2 dibawah adalah ayat yg diberi sebelum aku berterus terang siapa aku sebenarnya..
ayat2 tersebut diberikan kepada seseorg..
:) paras rupa bagi I bukan priority, yang paling penting i nak rasa happy bila berkomunikasi dengan org yg I suka tu.. lg pun bukannya ada rupa sangat.. org sudi pun dah kira bonus dah....

:) I tengok cute n mengancam jer.. ape yg nak dijijikkan kita sma2 suke..

ko rase perlu ke aku letak ayat2 lain.. sebab mcm sensored jer... erm.. tak perlu kowt.. tapi aku harap die jumpe org yg betul selepas ini.. cume agak ketara dia terdesak..

ahaks... ape2 pun aku seronok berkawan dengan die sebagai seseorg itu dan juga sebagai diri aku sendiri Hazirah Khazali...

Renungan Bersama - Jodoh




Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Iabagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`


credited to : someone yg tak mahu name die didedahkan dalam blog aku.. katenya menjatuhkan air muka beliau.. thanks..



~lagi sorg housmate wat blog~

meraikan kejayaan rakan serumah serta sebilik reka blog sendiri...
sara pun wat blog lepas naein wat blog..
ni link die.. rakan2 sile singgah ye..



Jul 29, 2010

meraikan member serumah yg dah ada blog

tujuan en3 ni ditulis sebab nak perkenalkan rakan rumah yg dah ada blog..
tujuan blog die di tulis adalah kerana die sedang boring print out document yg diberikan bos beliau..
mari terjah blog beliau.



Jul 28, 2010

~madah terindah~

Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS jika diri tidak seindah SULAIMAN.

Mengapa di harap teman setampan YUSOF,jika kasih tidak setulus ZULAIKHA.

Tidak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM jika diri tak sekuat HAJAR.

Mengapa di harap teman hidup seistimewa KHADIJAH jika diri tak sesempurna
RASULULLAH ........

*tapi ramai org sekarang memang memilih..
*nak yg cantik manis tapi tak sedarkah diri tak sehebat mane..
*erm.. kalo yg paham tu faham lah..
senang cite renung2kan dan selamat beramal..

Jul 26, 2010

mak khairuddin

salam kegemilangan...
khairuddin this ur mum? best r ur mum..
kawan2 jom tengok video ni..
cool lah auntie ni... 
ahaks....



entri dicuri hasil blogwalking...

Jul 22, 2010

-speed typing-

63 words
Typing Speed Test

akhirnya aku sampai jugak ker 60 wpm ke atas...
seronoknya..
skill typing aku dah semakin meningkat nampak nya..
kawan2 ada berani nak lawan??
erm abg fahmi jaes tak payah lawan lah ea.
ira tau ira dah kalah kalo ngan abg pasal abg 70WPM keatas kan??.

Jul 16, 2010

~harga minyak naik~harga gula pun~







setelah 11 jam harga benda2 ni semua naik baru aku tau... adoiyai..
teruk tul.. tak mengikuti perkembangan semasa tul..

ni salah satu petikan ahkbar semalam

PETALING JAYA: Kerajaan dijangka mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen berkuat kuasa tengah malam ini.
Bagaimanapun, bagi petrol RON97 akan ditetapkan harga siling RM3 setiap liter.
Sementara harga gas petroleum cecair (LPG) naik 10 sen sekilogram.
Difahamkan pengumuman mengenai kenaikan itu akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.
Serentak dengan itu, harga gula juga dijangka naik sebaik 25 sen setiap kilogram selaras dengan usaha kerajaan mengurangkan kos subsidi yang tinggi ditanggung kerajaan sekarang.
Berikut adalah harga baru:

* Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
* Diesel - RM1.75 seliter.
* Gula - RM1.70 sekilogram
* Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)


pasni tak tau ape nak naik lagi..
kalo gaji naik tak per gak.. 

sugar glider n ball phyton







rasa nak beli sugar glider ler...
tapi tak der duit.. eh bukan tak der..
tapi tak mencukupi..
nak kena bg die makan lagi.. tuan die nak makan lagi.. 
tapi akuk rasa mesti renyah nak bela sugar glider ni..


comel kan??? 
cumel sangat.. nak bela..
sape sudi hadiahkan tuk aku.. plz..

n lagi satu tak renyah
tak perlu bg makan tiap2 hari..
seminggu skali pun dah cukup
tapi ramai sangat penggeli n penakut pada binatang ni
tapi aku suka..
ball phyton..






sangat senang... sangat cumel juge..


Jul 15, 2010

paul si sotong

aku ada baca kat satu blog ni.. paul si sotong ni sebenarnya suka warna kuning..

http://telordibasuh.blogspot.com

Jul 13, 2010

~ikan gapi ku~

ikan gapi ku.. ahaks.. aku dah dapat beli ikan gapi.. *anak ikan gapi...
dengan semangatnya pergi cari pepagi lagi kat pasar tani di shah alam pada hari ahad... 11 Julai 2010..
pastu tak der kat situ ada ikan laga ngan pets lain seperti ular, ngan rabbit ikan puyu pun ada...

aku ingat tak jadi dah beli ikan gapi.. aku nak beli ular.. tapi ramai sangat penakut.. ayah aku pun takut..
nak letak kat putrajaya ni pun satu hal.. budak umah semua takut.. aku pulak bukan ada masa nak jaga ular tu kat sini.. melainkan aku benti keje pastu jadi suri rumah sepenuh masa.. 

lepastu nak bg makan perut sendiri pun tara duit... 

erm.. 
santek tak?? ni ler lebih kurang warna nya.. tapi aku punye tak besar mcm ni lagi..
tak de camera ler nak amik gambar ikan aku sendiri..

ikan tu aku beli kat tasik shah alam...
pastu lik umah siap2 aku g Sireh Pinang pulak..
tuk body treatment.. badan ni dah penuh lemak...
proses tuk memecah kan lemak2 degil pun bermula lah..
aku ada lagi berpuluh2 sesi tuk pemecahan lemak ini..
treatment tu abis dalam kul 5 kot..
aku balik umah mandi n siap2 lagi..
online kejap 
tunggu lepas maghrib aku nak g KTM

dan semangat aku terserlah lagi.. oksigen dalam plastik ikan tu tahan 10 jam jer.. aku sanggup balik putrajaya naik ktm semua sebab tak nak bukak plastik ikan tu kat umah mak aku..
5 ekor ikan siap dengan bekas die ngan bowl n barang2 lain aku bawak..
bayangkan lah bgaimana aku pegang semua tu...

sampai jer putrajaya aku jalan kaki lik umah pasal malas nak tunggu bas..
jalan kaki lg cepat..
sampai umah tepat kul 10 malam..

tuler kesah semangat aku nak bukak plastik ikan kat umah sewa di putrajaya ni..
letak lak ikan aku sebelah ikan laga naein..
maka lebih bersemangat lah ikan itu melihat2 ikan gapi ku itu..

apa motif cerita ni aku pun tak tau..

Jul 7, 2010

lepak malam rabu

lepak2 malam rabu.. dah tak tau nak wat per dah.. eisha nak kuar, sara ngan adik lum balik lagi... naein lak nak kuar jugak g jumpa wan.. aku call ajai suruh datang awal..ajai suruh aku ajak syawal g tengok bola 2.30 nanti.. aku pun msg lah syawal... die tanya ngan sape lagi.. pas aku jawab soalan die tu die terus diam.. aku anggap kredit abis... dan aku call dan call lagi tapi tak berjawab... **** ada tanda tanya di sini.. aku merimaskan die?? atau die dah tak nak kuar ngan aku pasal kaitan biz?? mengikut kata nunu syawal dah tak wat biz.. nape die tak bg tau aku??

pastu g hantar naein kat KTM Bandar Tasik Selatan (BTS).. dah tu kteorg tak tau nak wat pe pas anta die.. aku pun ajak die g makan kat AWEI kat bangi lama* aku pun tak sure..

kat situ ada pondok2.. kteorg makan kat pondok sambil meluah perasaan... sampai lah kul 12.30 konon2 nak g karok ler.. pastu dah otw aku pikir2 balik mcm dah nak tutup.. malas lah g karok.. aku tanya ajai nak g mane ni...

dan kami pun pergi ke Jambatan Seri Gemilang** kalo tak salah lagi.. lepak2 di situ baring2 disitu melihat bintang.. dan menunggu masa siaran bola .. URUGUAY VS NETHERLANDS... 

kat jambatan ni lah..jambatan yg dekat PICC tu..

 

Jul 6, 2010

rasa mcm nak bela ikan gapi

aku rasa mcm nak bela ikan gapi..
aku cari gambar2 die kat blog org lain
erm...
cantik gapi jantan.. tapi gapi betina biasa jer..
balik keje ptg ni nak ajak naein g beli ikan kat pasar...
tapi nak beli 2 ekor satu jantan satu tina... 
n nak beli pokok kiambang ngan akuarium kecik...

mesti besh...



Jul 2, 2010

same ke lain??



ikan 2 ekor ni same ker?? ikan gapi ngan ikan laga same ker??




Jul 1, 2010

Hyprobulksms..



PELUANG PERNIAGAAN
 

RESELLER HYPROBULKSMS
Bukan MLM Tetapi Program Affiliate Multi-Tier Yang Sangat Lumayan.
   
Bisnes Online Yang Mudah - Hanya Promosi Web Replika Anda.
   
Modal Perniagaan Yang Rendah RM250 - RM1000 Sekali Seumur Hidup.
   
Pelan Pemasaran Yang Lumayan Sehingga 100% Komisyen.
   
Tiada Pairing, Tiada Pangkat, Tiada Had Masa. 
 jika berminat boleh hubungi  saya melalui email: hazirah.khazali@gmail
































































~ujian Personaliti~


ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]


Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...