-friends-

Nov 29, 2010

ngangkung...

ngangkung posterSinopsis Ngangkung:- ‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”.
Tajuk Filem:
Ngangkung
Pengarah:
Ismail Bob Hasim
Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam:
25 November 2010
Pelakon Ngangkung:
Shaheizy Sam
Azad
Angah Raja Lawak
Putri Mardiana
Eira Syazira
Echa
Azlee Senario
Ruzaidi Abdul Rahman
Reanna
Mazlan Pet Pet

**** aku dah g tengok dah cite ni ari jumaat lepas 26 November 2010... with naein ngan ezan..
sangat best.. kelakar dan kadang2 saspender ckit... sepanjang dalam panggung naein tengok cite kat celah jari.. n ezan gelak2.. aku pula kombinasi mereka.. mungkin terkenan sebab duk kat tengah2.. 

hahaha ape pun tahniah pada pelakon n produksi... 


Nov 25, 2010

Dadali ~ Disaat Aku Mencintaimu ( HD Video Clip )


Mengapa kau pergi, 
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, 

Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, 

datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, 

aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, 

datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, 

aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, 

datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, 

aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, 

datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, 

aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, 

tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, 

akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, 

untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, 

akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, 

datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, 

aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, 

datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, 

aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, 

datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, 

aku sangat mencinta..............



Nov 24, 2010

do you love me??

do you love me?? 
please lie 
and say yes..

... YES...




Setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang..setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja..kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terima la seadanya..Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..anggaplah dia manusia biasa.  Apabila sesekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu..Menyayangimu, mengasihimu..Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain..terlalu mengejar kesempurnaan..kelak, kamu akan kehilangannya...

Nov 23, 2010

Moda moody-siapa kata ku tak rindu kepadamu


Siapa kata ku tak rindu kepada mu

terdetik saat dan waktu
tersasar rindu pada mu
siapa kata ku tak rindu kepada mu

tercatit di minda kalbu
terbait di tapak lagu
oh siapa kata ku tak rindu
oh kepada mu..

termimpi tidur malam ku
terbuai hanya untuk mu
oh siapa kata ku tak rindu kepada mu

tercari andai tak bertemu
tertanya tak kira waktu
siapa kata oh ku tak rindu kepada mu

selagi nadi tak berhenti
terus menikmati
harap dapat memahami

siapa kata ku tak rindu kepada mu
siapa kata ku tak rindu kepada mu.
siapa kata ku tak rindu kepada mu..
siapa kata ku tak rindu oh kepada mu.

terusik di kamar salju
terkata alunan bayu
oh siapa kata ku tak rindu oh kepada mu

selagi nadi tak terhenti
terus menikmati harap dapat memahami
siapa kata
ku rindu kepada mu?

siapa kata ku tak rindu kepada mu
siapa kata ku tak rindu kepada mu
siapa kata ku tak rindu kepada mu
siapa kata ku tak rindu kepada mu
siapa kata?
siapa kata?

siapa kata ku tak rindu kepada mu

***tak pasti lirik ni betul ke tak.. 
pembetulan akan dilakukan jika salah..

Nov 16, 2010

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha



kalau berpacaran


Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Nov 15, 2010

Beza Cinta Sayang Suka dan Minat...



Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

aku ngan "dia" yang mane ea?? aku pun tak pasti ni.. mcm ner??? mcm ner nak jawab??? anda yg mana satu??

ape yg berlaku ni??

ari jumaat.. program kongsi buku kongsi ilmu berjalan dengan lancar..
pasal ape lancar?? pasal aku ni memang jenis cakap laju.. terlalu laju... sebab tu lancar..
hehehehe

aku puas hati lah.. sebab aku tak de gagap2...
erm tu jer sebab aku puas hati..

sabtu ahad seperti biasa balik shah alam..
sabtu konon pagi nak g jog kat tasik shah alam..
tapi tak jadi...
ayah bawak kete g repair kat along..
pastu petang tu aku g Plaza alam Sentral a.k.a PAS...
beli kete kontrol adik n jejalan ngan mak aku jer..

konon nak g blanja adik tengok wayang pasal dia dapat no bawah dari sepuluh dalam darjah 3...
tapi aku nak booking online tetiba fully booked lak.. cian dak tu..
rabu or sabtu depan ler pulak...

n malam tadi aku balik dari shah alam ke putrajaya..
memula dari umah g amik mock kat umah dia.. pastu g seksyen 24 beli burger.. pastu konon aku ler nak drive dari shah alam g putrajaya.. tp tak terdaya.. aku terlalu tidak berani...
ow lupe b4 g amik mock aku g jumpe fahmi kat seksyen 17.. makan2 ngan dia...

tu jelah...
malam bila dah sampai.. aku call en. shukri.. nak suruh dia lepak ngan aku..
n malam tadi eh tak sebenarnya pagi tadi.. ada benda baru aku dah cube...
biase jer..
tak de beza pun...

dah len kali tak nak r...


**** jgn fikir bukan2 pulak k...

<3 <3 <3 miss u <3 <3 <3 mr. shukri...
n my blog... muaxs... muaxs.. muaxs..

Nov 9, 2010

pilih nak berjaya ke nak gagal!!

"Sesungguhnya, kejayaan mahupun kegagalan 
adalah suatu pilihan. 
Namun, psikologi untuk meraih kejayaan 
adalah semula jadi dan 
bukanlah sesuatu yang aneh. 
Untuk berjaya dan untuk gagal itu sama susah.
Malah, kadang-kadang untuk gagal lebih susah"

sungguh betul kata2 ini...
di petik dari buku membina personaliti terbilang 
- DR. HM TUAH ISKANDAR.

Nov 8, 2010

inovasi dan perubahan bermula dari diri sendiri..

Hendak kaya berdikit-dikit… Hendak berani berlawan ramai…
Sekalung kasih saya hulurkan kepada saudara pengerusi majlis, salam penuh keadilan saya ucapkan kepada barisan panel hakim yang sentiasa bersama panji keadilan, salam penuh penghargaan kepada penjaga masa yang sentiasa peka bersama detik-detiknya, dif-dif kehormat, rakan-rakan seperjuangan dan seterusnya sidang hadirin dan hadirat aspirasi negara. Salam Kegemilangan dan Salam Satu Malaysia

inovasi dan perubahan bermula dari diri sendiri..

begitu mauduk pidato yg ingin saya sampaikan pada pagi ini..Namun, sebelum spekulasi menjadi sensasi, biarlah saya definisikan dahulu, 3 frasa penting mauduk pidato ini.
frasa inovasi dan perubahan jika dirangkumkan membawa maksud pembaharuan atau melakukan sesuatu yang baru atau memperbaharui yang lama dengan cara/jalan yang baru.
manakala frasa bermula pula membawa maksud dimana ia menjadi suatu faktor atau sebab sesuatu itu terjadi.. 

dan diri sendiri didalam mauduk ini pula bermaksud individu yg ingin kan perubahan itu..
hadirin yg sy muliakan,
sebagai manusia kita sentiasa ingin kan perubahan dalam diri kita, semestinya kearah yang lebih baik.ada tak org pandai berkata aku nak berubah lah jadi kurang pandai. tak pernah berlaku bukan??
Untuk melakukan sesuatu perubahan itu semestinya kita memerlukan matalamat atau impian yang ingin kita kecapi. Contoh yang paling mudah boleh saya berikan di sini ialah, seorang pelajar yang sedar dirinya lemah dalam mata pelajaran matematik. Beliau telah memasang matlamat ingin meningkatkan kemahiran didalam matapelajaran tersebut.

Hadirin yang dimuliakan 

Matlamat yang ditanam perlu dituruti dengan usaha. Tanpa usaha, matlamat dan impian yang dibina terbang di bawa angin lalu. Usaha yang bersungguh-sungguh pula akan membuahkan hasil seperti yang kita inginkan.

Berbalik pada contoh tadi, pelajar tersebut perlu rajin untuk membuat latih tubi dan tidak segan bertanya untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam matapelajaran tersebut.
Tetapi usaha yang sementara juga hanya akan membuahkan hasil yang sementara.Untuk mengelakkan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki hilang begitu sahaja, beliau perlu mempunyai tekad yang tinggi untuk mencapai matlamat dan terus berubah.
Hadirin sekalian,
Jika Setelah berusaha bersungguh-sungguh tetapi matlamat yang dibina masih belum tercapai, jangan cepat berputus asa. elok kiranya di imbas kembali, apakah kesilapan yang tanpa sedar kita lakukan, dan jika ada elok kiranya kita bermula sekali lagi untuk mengejar matlamat tersebut tanpa melakukan kesilapan yang serupa. Moga kali ini impian kita akan tercapai.

Hadirin yang dikasihi,

Jelas nyata setiap inovasi dan perubahan yang ingin kita lakukan adalah bermula dari diri sendiri. Jika diri sendiri tidak inginkan perubahan dan masih selesa di takuk lama, tiada siapa yang boleh memaksa atau berubah untuk diri kita sendiri. 

Mari kita renung sepotong ayat dari buku ”BERANI GAGAL” oleh ”BILLI LIM: - Jika kita hanya terus melakukan apa yang telah sentiasa kita lakukan, kita hanya akan memperolehi apa yang telah sentiasa kita perolehi.- oleh itu berinovasi dan berubahlah kearah yang lebih baik untuk memperoleh lebih dari apa yang kita perolehi kini.

*ye aku tau entri kali ni panjang... ni teks pidato aku..
last minute punya..



Nov 4, 2010

YOU AGAIN!!

hahaha..
dah bape lame ntah cite ni kuar.. baru malam tadi g tengok.. tu pun tak niat nak tgk YOU AGAIN!!
nak tengok cuti2 cinta.. hahahahaha

skali sampai lambat r... tiket last malam tadi kul 11..
so tukar cite... dapat ler tengok you again..
siyes lawak..

n kali ni g wayang bukan ngan azrul... tpi ngan en. asnan... hahhahaha

Nov 1, 2010

pidato N final exam!!

erm InsyaAllah 8 n 9 November ni ada pertandingan pidato peringkat MAMPU..
n aku bakal wakil Pasukan Perunding ICT Sektor Awam tuk kategori kumpulan sokongan
tema dia inovasi..
tajuk tak pilih lagi..
teks pun sudah tentu belum ada...
erm..
persedian fizikal dan mental zero..
pertandingan tak lama lagi..

final exam first paper aku kena seat pada 10 november...
elektrik untuk pengurusan..
ape yg aku ingat pun dah tinggal zero....

ira bangkit ira..

teringat ayat yg dijumpai masa blogwalking tadi...

SOMETIMES, YOU NEED TO STEP OUTSIDE,
GET SOME AIR AND REMIND YOURSELF
OF WHO YOU ARE AND WHO YOU WANT TO BE..

oh makcik tersayang...

ari sabtu ari tu.. 30 Oktober 2010, kalo tak salah lah..
pg umah mak long tersayang kat Kg. Nelayan telok Gong... adik beradik mereka yakni mak aku nak berbincang pasal kenduri sepupu a.k.a apis @anak maklong.. hehehehe

tp kenapa aku ngan si bella di tanya bila pulak?? dah ada calon?? kalo tak de maklong boleh carikan...
OMG!!! no no...
tak perlu...
erm takut kowt.. n we r not ready...
hahahaha makan sendiri pun tak lepas lagi... thanks mak long care pasal kteorg... sayang mak long...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...