-friends-

Nov 8, 2010

inovasi dan perubahan bermula dari diri sendiri..

Hendak kaya berdikit-dikit… Hendak berani berlawan ramai…
Sekalung kasih saya hulurkan kepada saudara pengerusi majlis, salam penuh keadilan saya ucapkan kepada barisan panel hakim yang sentiasa bersama panji keadilan, salam penuh penghargaan kepada penjaga masa yang sentiasa peka bersama detik-detiknya, dif-dif kehormat, rakan-rakan seperjuangan dan seterusnya sidang hadirin dan hadirat aspirasi negara. Salam Kegemilangan dan Salam Satu Malaysia

inovasi dan perubahan bermula dari diri sendiri..

begitu mauduk pidato yg ingin saya sampaikan pada pagi ini..Namun, sebelum spekulasi menjadi sensasi, biarlah saya definisikan dahulu, 3 frasa penting mauduk pidato ini.
frasa inovasi dan perubahan jika dirangkumkan membawa maksud pembaharuan atau melakukan sesuatu yang baru atau memperbaharui yang lama dengan cara/jalan yang baru.
manakala frasa bermula pula membawa maksud dimana ia menjadi suatu faktor atau sebab sesuatu itu terjadi.. 

dan diri sendiri didalam mauduk ini pula bermaksud individu yg ingin kan perubahan itu..
hadirin yg sy muliakan,
sebagai manusia kita sentiasa ingin kan perubahan dalam diri kita, semestinya kearah yang lebih baik.ada tak org pandai berkata aku nak berubah lah jadi kurang pandai. tak pernah berlaku bukan??
Untuk melakukan sesuatu perubahan itu semestinya kita memerlukan matalamat atau impian yang ingin kita kecapi. Contoh yang paling mudah boleh saya berikan di sini ialah, seorang pelajar yang sedar dirinya lemah dalam mata pelajaran matematik. Beliau telah memasang matlamat ingin meningkatkan kemahiran didalam matapelajaran tersebut.

Hadirin yang dimuliakan 

Matlamat yang ditanam perlu dituruti dengan usaha. Tanpa usaha, matlamat dan impian yang dibina terbang di bawa angin lalu. Usaha yang bersungguh-sungguh pula akan membuahkan hasil seperti yang kita inginkan.

Berbalik pada contoh tadi, pelajar tersebut perlu rajin untuk membuat latih tubi dan tidak segan bertanya untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam matapelajaran tersebut.
Tetapi usaha yang sementara juga hanya akan membuahkan hasil yang sementara.Untuk mengelakkan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki hilang begitu sahaja, beliau perlu mempunyai tekad yang tinggi untuk mencapai matlamat dan terus berubah.
Hadirin sekalian,
Jika Setelah berusaha bersungguh-sungguh tetapi matlamat yang dibina masih belum tercapai, jangan cepat berputus asa. elok kiranya di imbas kembali, apakah kesilapan yang tanpa sedar kita lakukan, dan jika ada elok kiranya kita bermula sekali lagi untuk mengejar matlamat tersebut tanpa melakukan kesilapan yang serupa. Moga kali ini impian kita akan tercapai.

Hadirin yang dikasihi,

Jelas nyata setiap inovasi dan perubahan yang ingin kita lakukan adalah bermula dari diri sendiri. Jika diri sendiri tidak inginkan perubahan dan masih selesa di takuk lama, tiada siapa yang boleh memaksa atau berubah untuk diri kita sendiri. 

Mari kita renung sepotong ayat dari buku ”BERANI GAGAL” oleh ”BILLI LIM: - Jika kita hanya terus melakukan apa yang telah sentiasa kita lakukan, kita hanya akan memperolehi apa yang telah sentiasa kita perolehi.- oleh itu berinovasi dan berubahlah kearah yang lebih baik untuk memperoleh lebih dari apa yang kita perolehi kini.

*ye aku tau entri kali ni panjang... ni teks pidato aku..
last minute punya..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...