-friends-

Dec 20, 2012

Zaiton Ceritaku


Wajahnya dan kisah hidup tragisnya? Tidak ramai yang peduli. Namun masih terdapat peminat setia penyanyi yang pernah popular sekitar tahun awal 90an ini yang mengharap kemunculan kembali diva mereka ke persada hiburan tanah air.

Bersandarkan kepada keupayaan menyanyi dan lakonan hebat Nadia Aqilah, produksi yang menghasilkan filem ini, Bruang Filem Sdn Bhd percaya bakat anak muda ini mampu membawa perwatakan Zaiton Sameon dengan baik sekali. Nadia Aqilah yang aktif dalam dunia teater dan drama juga sebenarnya pernah menghasilkan single albumnya sendiri. Oleh itu, beliau telah diberi laluan untuk menyanyikan kembali dua lagu popular Zaiton Sameon iaitu ‘Kabut Serangkai Mawar’ dan ‘Menaruh Harapan’ yang dimuatkan menerusi filem ini.
Secara ringkasnya, filem ‘Zaiton Ceritaku’ ini mengupas kembali detik-detik perjalanan Zaiton Sameon ketika meniti zaman popularitinya sehingga beliau jatuh akibat peristiwa hitam yang berlaku dalam hidupnya seperti kemalangan ngeri yang mengorbankan anak kesayangannya, kisah keluarganya, kisah mereka yang cuba memperalatkan dirinya dan juga kisah kemunculan seorang lelaki yang jujur ingin membantunya. Namun, terdapat jua kisah peribadi yang turut diselitkan menerusi filem ini di mana tidak semua yang mengetahuinya dan ia dikatakan menjadi punca atau balasan kepada yang berlaku dalam hidup Zaiton Sameon sekarang.
Mungkin ada yang berkata tidakkah filem ini seperti menjatuhkan air muka Zaiton Sameon sendiri? Setiap penghasilan filem mempunyai tujuan dan mesej yang tersendiri. Filem ini bukanlah dibuat untuk memburukkan penyanyi tersohor itu namun atas kebenaran Zaiton Sameon sendiri yang sudi berkongsi cerita suka dukanya selama ini, beliau ingin menjadikan filem yang berdasarkan kisah benar hidupnya sebagai tauladan kepada semua peminatnya dan rata-rata mereka yang masih kurang jelas mengenai kisah hidupnya yang mungkin selama ini telah disalah sangka. Beliau mengharapkan filem ini dapat membantu untuk menjelaskan kepada umum tentang apa yang terjadi dalam hidupnya.

**tp aku xde kesempatan nak p tengok pun.. 


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...