-friends-

Jun 29, 2011

perigi cari timba

duk jejalan sekali tersinggah kat blog http://azfar9897.blogspot.com/ ni...

menarik tajuk nya..
perigi cari timba..
sekali aku teringat iklan 3,2,1 cinta..
ayat yang aku duk gelak jer...

""aku tak mau keseorgan bila negara mencapai wawasan 2020"
bila negara nisbah perempuan lebih
ramai dari lelaki iaitu 37:1...

bermaksud aku kena cari lelaki dalam hidup aku
tak salah pun kalau perigi cari timba

ni pulak aku cedok dari muka surat sulit naz
dan dengan sedikit editan

jangan terlalu ego


hanya kerana kita wanita. tidak semua lelaki punya sifat "gentlemen".
tetapi semua lelaki pandai gentel. kita bercakap soal "gentlemen".
kita sering berkata nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
jadi kenapa tidak cakap sahaja 3 patah perkataan, "saya suka awak".
dari perlu berkata 3 juta perkataan sebelum lelaki itu mahu memulakan hubungan.
ingat kawan manusia cepat bosan.
jangan jadikan perigi cari timba sebagai alasan.
jangan bazir masa kerana siapa cepat cakap dia dapat..

jika takutkan hari ini

bagi saya lebih baik wanita memulakan sesuatu hubungan
kerana lelaki selalu nya tidak serius.
jangan bazirkan masa menunggu lelaki.
wanita perlu berfikir give and take.
kerana selepas hubungan bermula lelaki akan menanggung gift and tax.
segala perkara dalam kehidupan punya risiko.
contoh, kalau banyak makan pun boleh jadi sakit obesiti.
kalau tak makan pun sakit gastrik.
tapi cuba lihat perbezaan mana situasi yang lebih sakit?
obesiti mungkin berat badan bertambah tetapi kita puas makan.
jika gastrik kita perlu menahan sakit sedangkan
kita tak merasakan keenakan makanan.
begitu juga hati, luahkan sahaja asalkan puas
jangan biarkan sesuatu pergi dan menyesal
tanpa kita lakukan apa pun.
tidak salah mengalah apabila penentuan nya belum tentu kita kalah.
jangan esok yang sudah di gendong tak dapat, yang di kejar berciciran.

Dalam konteks amalan ‘perigi mencari timba’

ia memudahkan proses perkahwinan. jangan jadikan sesuatu hubungan yang mudah menjadi susah. dalam islam sendiri tiada dalil yang mengatakan wanita tidak boleh memulakan sesuatu hubungan. malah pada zaman baginda dahulu pernah ada seorang sahabat yang di minta meminang oleh seorang wanita dan akhirnya mereka bahagia kerana lelaki itu juga sudah lama menyukai wanita tersebut cuma malu untuk menyatakan hasratnya.

Rasulullah s.a.w. berpesan: “apabila datang kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

****ye aku cedok bebulat gak ler dari muka surat sulit naz ni...
 
maka dengan ini aku akan memulakan langkah ku mencari timba...
dapat timba spesial dari ladang.. ehehehe

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...