-friends-

Apr 16, 2013

Perbezaan antara Pengkid, Tomboy dan Lesbian

Dulu aku pernah buat topik Perbezaan Antara Gay, Pondan, Metroseksual dan Lelaki Lembut, 
n kali ni aku nak huraikan n pembaca boleh bagi pandangan masing mengenai Pengkid, Tomboy, dan Lesbian

Tomboy
Tomboy adalah bererti wanita berperwatakan lelaki tetapi bukan pengkid atau lesbian. tomboy ini hanya mempunyai sifat-sifat maskulin. contohnya kasar, agresif dan lasak. yang mana sifat-sifat ini sering kita lihat ada pada seorang lelaki. namun hanya sifat sahaja. Tomboy ini memiliki keinginan seks yang normal dan fizikalnya juga sama seperti wanita normal yang lain.


Pengkid

manakala pengkid pula sedaya-upaya mahu kelihatan seperti lelaki. Contohnya berbengkung di dada (dia benci bahagian badan yang berkaitan wanita), memakai pakaian longgar dan berambut pendek. Pengkid tertarik untuk berhubungan seksual dengan wanita lain. menurut Prof Madya Makhzan Musa dalam bukunya Psikologi Sosial, golongan Pengkid ini dikategorikan golongan yang mengalami kecelaruan tingkah laku seks.
ada 2 perkara yang mendorong kepada kecelaruan tingkah laku seks:
a) kecelaruan identiti gender di mana individu tidak selesa dengan alat kelaminnya dan tingkah dikaitkan dengan jantina lain.
b) parafilian- melibatkan kebangkitan seks melalui ransangan yang ganjil atau aneh.

konflik yang berlaku antara organ jantina dengan identiti jantina. individu begini mengatakan dirinya patut menjadi lelaki. itulah yang dialami oleh Pengkid.



Lesbian

Lesbian pula tidak semestinya kelihatan seperti lelaki malah ramai feminin dan nafsu terhadap wanita lain tidak diketahui sesiapa pun. Mereka menerima diri sebagai wanita (tidak seperti pengkid), malah menyukai bentuk tubuh wanita. Dalam hubungan seksual lesbian, salah seorang pasangan memainkan peranan dominan manakala seorang lagi bersifat lebih pasif. lesbian juga sering mengamalkan orientasi seks yang dikenali sebagai biseksual (prof makzan musa). mempunyai keinginan dengan wanita dalam masa yang sama juga terhadap lelaki. perkara ini antara penyumbang kepada penularan virus HIV, Sifilis dan virus kelamin lain.



**itu saja kot buat masa ini..
ada info n pendapat sila lah kongsi same2..
kalau saya dapat info baru nanti akan update lagi.. 






2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...