-friends-

Mar 7, 2011

SEBELUM MATI , TAHUN 2011

Hari ini Abu perlu balik ke kampung untuk majlis pertunangan adiknya. Keretanya dipandu sangat laju memandangkan majlis akan bermula dalam masa 2 jam lagi. Dia tidak dapat pulang awal atau pulang bersama keluarga kerana anaknya tidak sihat.






Macam-macam dalam fikiran Abu, mengigatkan kisah dia dengan adik dia semasa kecil dan sekarang adik dia sudah pun nak bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi.





Tiba-tiba sebuah kereta Mazda yang sangat laju bergesel dengan kereta Abu. Dalam sekelip mata kedua-dua kereta berpusing dan menghentam pembahagi jalan. Orang ramai berpusu-pusu menyelamatkan keadaan. Pemandu kereta Mazda meninggal dunia di situ juga, manakala Abu nazak. Dalam kesakitan Abu meminta tolong seorang pemuda di situ,





"Tolong SMS isteri saya, cari nama Ani dalam Phonebook handphone saya tu"





"Ok, ok baiklah, nak tulis apa?"





Dalam keadaan tenat, Abu bercakap tersekat-sekat:





"Ani, abang accident dan sedang nazak.... Ani ada kan password blog dan facebook Abang? Tolong update. Nanti orang tak tau pulak abang dah takde."





Sejurus kemudian Abu pun menghembuskan nafas yang terakhir.





"Ish ish ish, tak sempat mengucap budak ni...." Luah seorang pakcik yang memerhatikan kejadian tersebut.

 
 
_______________________________________________
 
Terima kasih kepada : - BEBAS
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...