-friends-

Jul 28, 2011

terima kasih lagi..

terima kasih lagi lah wat semua reader,
follower dan yg rajin wat senaman selama ni..

n sepanjang minggu ni 
saya ni tak sempat 
nak membalas kunjungan 
komen korang...

tp rajin2 ler lagi datang ea..
jgn kecik ati..
ada masa terluang saya pergi ...

***p/s -hidup satu fakta...
walau aku cuba melawan fakta atau lari dari masalah..
ia tidak akan selesai..
cuma aku nak bertenang.. tp di mana??

Jul 25, 2011

antara aku dan dia

ya... 
aku tau dan aku sedar
siapa diri ini
bukan seperti beliau
yang sentiasa gah di mata mu
aku juga tak sepenting dirinya 
walau kau terus memberi harapan 
diri ini penting pada mu
aku juga sedar janji mu pada ku 
tidak sebesar 
janji mu pada dirinya
aku rela mengalah
dan melangkah pergi

jgn kau menghalang dengan nada cemburu mu
kerna aku tahu ia bakal membantutkan
keinginan ku utk terus mengenal insan lain 
selain dirimu

YA ALLAH,
Jika Engkau catatkan
dia milikku, tercipta buatku,
dekatkanlah aku dengannya..
bantulah kami menyelusuri jalan kehidupan ini
dalam keredhaan Mu.

andai Engkau catatkan 
dia bukan milikku
tercipta bukan utk ku,
engkau jauhkan lah aku darinya
peliharalah jiwa ini dari kekecewaan..

hanya pada Mu ku 
berserah YA ALLAH..

Jul 22, 2011

bicara tanpa suara

Ya Allah ya Tuhanku
Tika ini
Hati ku merintih pedih
Terlalu perit rasanya terhimpit

Ku bermohon pada mu Ya Rahman
berikan secebis kekuatan
permudahkanlah segala urusan
tunjukkanlah daku jalan kebenaran..
antara impian dan harapan
apakah aku berkemampuan???
untuk menanggung semua bebanan...

terkadang aku keliru
apakah jalan ini yang harus ku tempuh???
apakah benar perhitunganku??
moga segala datang dariMu
padaMu ku bermohon
padaMu jua ku berharap

cukup bagiku engkau ya Allah....

tulis

hati mengajak jemari 
utk kembali menulis
jiwa memberontak
menghalang

jemari serba salah
menurut kata hatikah
atau
menurut kata jiwa??? 

Jul 21, 2011

David Archuleta's The Other Side of Down Concert



yeah...
tadi dapat email dari Anne From Nuffnang..

dan ucapan tahniah kerana memenangi tiket David Archuleta's The Other Side of Down Concert 
pada 26.7.2011 
bertempat di Stadium Negara..

aku dapat sepasang tiket..
n seperti biase aku akan ajak
sepupu tersayang cik bella..



Jul 20, 2011

bintang

mencuba meyakinkan diri
aku kuat dan mampu harungi segalanya
tapi ia ternyata gagal

ya benar
aku cuma bintang malap
yang semakin ranap warnanya
Ya Allah
papah jiwa ini
jiwa yang kian parah
yang semakin lemah 
menelusuri jalan-jalan 
kehidupan ini..

*** ayat aku kat atas tu ayat orang putus asa..

wordless wednesday

perlukan pendapat kamu semua.. 



saya anti golongan ini.. 

lumrah hidup

memang begitu
tiada manusia yang sempurna
ada bahagian kamu yang orang tidak suka

begitu juga sebaliknya
kalau kamu tidak suka
duduk diam-diam
selagi ia tidak menggangu 
hidup kamu...

kenapa perlu marah??

Jul 19, 2011

pekak badak

duk menung ngadap blog ni
tetiba teringat cerita bapak aku pasal 
kawan die kat tempat keje..

cite pasal pekak badak..
si kawan ayah : acik, saya ni tak faham pasal ape org duk kate pekak badak, kenapa badak?? nape tak semut ker, unta ker? satu hari tu saya pergi lah zoo.. tengok badak..
teringatkan perkataan pekak badak ni saya terus wat eksperimen..

saya jerit kuat2 BADAK!!! BADAK!! BADAK!!!
sikit pun badak tu tak toleh..
tak leh jadi ni...

pastu saya panggil lagi , tp berbisik.. (baca dengan membisik ye) badak..........
sekali jer
terus badak tu toleh pandang kat saya..
maka teori pekak badak tu betul lah..

aku dengar cite serta gaya bapak aku cite wat aku gelak beriya2..
hahahaha
 gelak lagi...

nape lah kawan bapak aku tu sanggup test kat badak betul..
sungguh berani..
hahahaha

kehidupan

hidup bukan mudah
itu fakta kehidupan
manusia yang punya kehidupan normal 
naik dan turun tidak akan memahami apa yang org tidak normal rasakan
yang kehidupannya hanya ada turun

hidup tetap fakta
walau betapa kuat 
kita cuba menukarnya menjadi fiksi
titik.... 

persamaan longkang dengan orang..

kalau orang kate muka korang jalan lah marah..

hakikatnya kita ni tak jauh beza ngan longkang2 yang ada.. 
kalau kita fikirkan dalam dalam.. 
hati mau bersih..
jgn hati busuk mcm longkang

1. Longkang Kering
-golongan yang nampak hampeh..
tapi tidak menghampehkan..
maknanya air lalu ikut longkang ni tak tinggal bekas..
masa kering die kering betul.. 
tak de lopak2 dah..
geng ni memanjang kering, sengkek..
iklhas sebab yang masuk dialirkan kepada mereka yang
sepatutnya menerima
dan dia hanyalah alat bagi mengalirkan hak orang lain

2. longkang tersumbat
- golongan ni masuk banyak , keluarnya sikit
orang lain kering dia kemain punye berisi tahap empangan
masalanya dia ni banyak sampah dan kotor keadaanya..
bau dia toksah cakaplah
geng ni zahirnya loaded tapi hakikatnya pengumpul sampah yang hanyut..
bahasa mudahnya masuk lebat tapi kemut kuat
sedekah takde zakat tak juga

3. longkang tepi sawah (tali air)
- ni longkang yang terpuji..
bawa air kepada tanaman yang jadi makanan utk org ramai
bawa kebaikan kepada semua orang lain 
walaupun dirinya hanya sekadar longkang
kalau nak jadi longkang jadilah yang terbaik dan 
memberi kebaikan kepada mereka yang ada di sekeliling
baru ada manfaat serta membawa berkat..


Jul 18, 2011

terima kasih

terima kasih kepada semua..
visitor..
reader.. 
follower..
ira dapat rasakan sekarang
semakin ramai yg datang singgah
yang datang baca..
n yang datang komen..

***walaupun komen hanya 1 2..
tp bilangannya bertambah..
terima kasih semua...

don't know

don’t know what happened. How i become so fragile, so incredibly breakable. I don’t know why my tears can fall so easily I can’t comprehend how everyone thinks I’m so strong and brave, when all I feel is weak and scared. I don’t know when this happened, when life became like this. Because looking back - it’s always been this way. i need you, come save me :’(


Jul 16, 2011

buta..

sebenarnya bukan mata itu yang buta
tetapi yang buta itu sebenarnya
hati yang di dalam dada..


Jul 15, 2011

semakan permohonan UPU Ijazah pertama

Untuk pengetahuan semua tarikh bagi menyemak keputusan UPU untuk lepasan STPM/Diploma akan dibuka pada 15/7/2011. Semakan boleh dibuat mulai 12 tengah hari 15/7/2011 melalui dua cara iaitu dengan menggunakan laman web dan sms.


Cara Pertama:
Semakan melalui laman web http://upu.mohe.gov.my/

Cara Kedua:

Semakan melalui SMS: Taip UPU RESULT (Nombor Kad Pengenalan) dan SMS ke 15888

Jul 14, 2011

apa itu iframe???



 APA ITU IFRAME??APAKAH IFRAME?? APA DIA IFRAME?? Ramai yang bertanyakanAPAKAH ITU IFRAMEkebelakangan ini kan? Jadi secara tak rasminya hari ini aku akan terangkan kat korang APA ITU IFRAME..!! Harap korang boleh pelajari sedikit teknik2 kotor nih dalam dunia maya ni ok.. 


IFRAME merupakan sejeniskoding HTML yang dicipta oleh sape pon aku tak tahu tapi yang pasti ada kegunaanya dan ada kepentingan menggunakannya.. Penggunaan koding IFRAME juga digunakan oleh facebook button share, facebook button like dan di youtube player. Koding HTML tersebut digunakan untuk include page/sumber/media player dari luar ke blog kita. So jangan risau kalau memakainya.. Tak de hal punya..


BAGAIMANA IFRAME BERFUNGSI??


Ok.. Kat bawah nih merupakan gambarajah bagaimana iframe berfungsi dengan mengambil trafic dari mangsa2 iframe dan menghantar trafic kepada pengedar koding HTML iframe..


Pengedar koding HTML iframe akan memberi koding tersebut kepada mangsa-mangsa iframe sama ada mangsa-mangsa iframe tahu dan sedar atau tidak tahu bahawasanya terdapat koding html iframe pada banner atau link enxchange yang diedarkan oleh pengedar iframe yang mencuri trafic dari mangsa2 iframe. Koding IFRAME juga boleh diletakkan di dalam template blog mangsa sekiranya pengedar iframe dapat mengakses blog korang.


Bagaimana ianya mencuri mudah sahaja.. Seperti gambarajah di atas,mangsa-mangsa iframe yang meletakkan koding pengedar iframe akan menghantar trafic kepada pengedar koding iframe. Harap korang faham dengan gambarajah di atas...

BAGAIMANA RUPA BENTUK KODING IFRAME
Yaa.. Di atas merupakan salah satu contoh koding HTML yang selalu digunakan oleh pengedar2 iframe nih.. Terdapat pelbagai lagi contoh2 yang tak perlu korang pelajari dan cukup sekadar ambil tahu dan sentiasa berhati2 dalam penukaran link atau banner blog. Mungkin anda salah seorang daripada mangsa pengedar koding iframe.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN IFRAME

Sememangnya penerima trafic iframe akan menerima trafic yang banyak walaupun blogger pengedar iframe tidak aktif berblog. tetapi blog tersebut akan di gam atau dibanned oleh syarikat2 pengiklanan yang sememangnya tidak sukakan trafic iframe. 

Rangking alexa memang akan naik mencanak dan membuatkan blog korang akan berada di rangking yang lebih baik. Tetap kalau kantoi, memang habis lah si pengedar iframe nih.. Pastu pandai2 laa menjawab..

MACAM MANA NAK KESAN BLOG TERSEBUT ADALAH PENGEDAR KODING HTML IFRAME

Senang saja nak tengok.. Kalau blog tersebut tidak update entri danjam 3-4 pagi trafic blog dia mesti akan memaparkan jumlah visitor yang tengah on line di blog tersebut sangat ramai iaitu melebihi 50orang yang sedang on line di blog tersebut.

Blog tersebut dapat masuk dalam senarai top blogger walaupun baru 2-3 bulan berblog kerana bukan senang nak duduk di rangking tersebut secara mendadak. Sekurang-kurangnya mengambil masa 6-7 bulansekiranya blogger tersebut betul2 aktif berblog.. Itu bagi pengguna blogspot laa.. Kalau pengguna domain atau hosting berbayar mungkin logik 2-3 bulan utk berada di rangking sekiranya aktif berblog dengan mainan-mainan SEO.

Sekian penerangan saya serba sedikit tentang penggunaan iframe yang menjadi isu yang sangat panas untuk bulan ini. Nasihat saya jangan lah menggunakan iframe trafic kerana tiada kebaikan langsung untuk korang. Berblog lah secara telus dan menggunakan titik peluh jari korang untuk menaikkan trafic dan rangking blog korang.

P/S : Korang dibenarkan untuk copy paste 100% entri ini untuk kebaikan blogger di alam maya ini... Sama2 kita berkongsi...

P/SS : Sekiranya terdapat kesalahan fakta di atas dan keraguan, sila bagi tahu fakta sebenar dan bersama kita berbincang isu ini utk kebaikan semua.

****** amik aku kopi pes 100% daripada pencerita asal...

kamarul



kamarul
dia datang jumpe aku hari selasa..
blum sempat melepakkan diri lagi
motor dia wat hal kat bulatan dkat ngan bomba seksyen 15..
dah mcm mane..
kedai motor mane ada bukak 
memalam buta...

tolak ler motor tu g balai polis..
nak cakap tinggal motor
depa semua bz tengah amik report..
dah tu mcm mane??
tolak lagi motor tu
g balai bomba..
dah tu g makan..
kesian kat dia datang jumpe aku
motor lak wat hal..

tinggal ler motor tu 24 jam di situ..
semalam datang repair motor die..

kalau pun aku tak leh jadi yg teristimewa di mata dia
cukup lah aku jadi kawan yg terbaik..
harap sangat..
ye aku ambik berat pasal die..
tp ye aku tau aku bukan siapa2..

sebab aku sayang..
mungkin....

syaitoon

aku nampak...
aku nampak ..
syaitan2 tengah menari riang
sambil bersorak gembira..
ye mereka sedang melihat kebodohan aku yang berulang-ulang dan sengaja diulang-ulang

Floria 2011

semalam mencutikan diri konon2 nak rehat ler..
tp ter pergi pulak putrajaya..
semata2 nak g tengok bunga..

layan gambo jer lah k...






pergi bersama ajai n iqa

lepas balik ada story lagi..

Jul 12, 2011

kelebihan orang gemuk

hari ni tetiba terfikir
ape kelebihan aku..
n ape kelebihan orang yang mcm aku..
a.k.a budak gemuk..

di sini nak wat senarai..
tp aku tak rase aku punye senarai ni terlalu panjang..
kalau korang ada pendapat sila tinggal kan komen k..

1. kalo kanak2.. susah sesangat ler org nak culik... sebab susah nak angkat
    nak kendong , mahupun dukung.. memerlukan lebih byk tenaga tuk menculik..
    maka penculik pun malas nak menculik kami2 yg gemuk ni..

2. kalo dalam keadaan darurat atau terkena catuan makanan.. org gemuk paling untung
    kalo org lain mati pun.. org gemuk lambat ckit pasal ambil masa yg lame tuk die kebuluran..

3. sape berani nak pukul org badan besar mcm ni.. nak kena baling ngan kami???

4. dianggap comel..

5. sedap dipeluk dan di buat bantal tdo time terdesak..

dah kurang idea...
sila tambah ye kawan2..

larat lak dia angkat dak ni... sungguh menakjubkan...


Jul 11, 2011

kekasih gelapku

kesedihan itu persis kekasih gelap
sentiasa mencari ruang dan peluang
untuk mendampingi kita, 
tanpa diketahui oleh sesiapa pun.

dan,
seperti mana kita mencuba sedaya upaya
menyembunyikan kekasih gelap
dari diketahui, 
sekuat itu jugalah kita mencuba menyembunyikan kesedihan
 itu dari dunia.

dan kini aku sedang mencuba 
memijak lunyai kebodohan kebodohan lalu
yang menghantui malam malamku.

balik kampung

rase lame bebenau tak belai blog tercinta ini
dari jumaat aku balik kg..
tp kampung ayah aku terletak kat kedah nun di utara
kodiang..
memang hulu ler..
lantak ler orang kate hulu ke ape ker..
yg penting aku suke..

tak pernah aku drive sejauh itu..
tp balik kesana ayah ler drive..
balik kesini dua bijik kete..
hambik aku drive satu balik sini...

sakitnya badan.. ari ni dah masuk kije..

buah rambutan aku ngan adik aku serta wan 
aku mengait sampai 3 guni..
banyak nya..
rase mcm nak buat jual jer malam tadi..
ari ni dah rase sikit pulak..
hadoi..


Jul 8, 2011

malam jumaat

Kisah malam jumaat...jengjengjeng

"Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun, 
baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. 
Kemudian datang beberapa tawaran dari 
orang tertentu menawarkan beberepa perempuan 
untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. 
Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula
memandangkan anak -anaknya sudah besar malah 
tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan 
menjaga makan, minum, sakit, 
pening si duda itu. Setelah meminta tempoh dan 
berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang c
alon isteri yang ditawarkan oleh orang 
kampong maka dia pun berkahwin dengan 
seorang perempuan yang agak muda berusia 
dalam lingkungan dua puluh lima tahun. 
Selepas majlis pernikahan mereka pun
hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... ...
Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang 
khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan 
secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang 
diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama
di surau dia menceritakan apa yang didengarnya
dalam kuliah tersebut. " abang, abang nak tau tak, 
ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ 
bersetubuh kannn abang kann dengan cara 
yang betul dan menjaga syarat yang betul maka 
pasangan tersebut akan mendapat pahala sama 
seperti membunuh 10 ekor atau beberapa 
ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. 
tak apa malam ni malam Jumaat, 
masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, 
betul tak sayanggg" sambil ketawa
Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, 
siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". 
Si suami tersenyum panjang. 
Selang dua hari kemudian, 
si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". 
"tak pe... tunggula malam". Esoknya si isteri berkata
"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". 
Si suami diam sambil mengangguk lemah. 
Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

Jul 7, 2011

sedih sayu hiba



tadi baca email..
ada org anta mesej kat fb

aku jadi sedih, sayu, rindu, hiba
ah semua lah..

aku rindu masa lalu
aku rindu kenangan lalu
kalau lah aku ada mesin masa
mcm doraemon tu
jap2 aku putar..
pasal nak ulang masa2 lalu

ye dia cakap die rindu aku
aku pun rindu die sangat2
aku tau aku share bilik ngan
dia tak lama pun..
6 bulan jer pun
bukan 6 tahun..
tapi itu kenangan terindah..

harap kau faham..
aku sayang kau
korang semua..
tp apa yg berlaku sekarang ni
pun bukan kehendak aku..
semua ni dah tertulis..
dan aku hanya seperti yg tertulis
di bawah surat
"SAYA YANG MENURUT PERINTAH"

nak promote blog contest

blog contest ni adalah blog yg mengumpulkan
contest2 atau peraduan2 yg sedang berjalan,
boleh klik kat sini tuk tengok..

tu jer..
short entri kali ini..
hope korang boleh follow blog tu ea..
baru dalam pembikinan..

bogel menuju tuhan serta sperma cinta..

sangat  teruja untuk memiliki buku ini.



dan juga ini


untuk memilik kedua buku di atas aku harus memiliki duit dulu.. 
mcm mane nak wat ni???
mcm ne nak dapat duit lebih dalam masa 
3 hari tanpa mengeluarkan sebarang modal..
keje partime mungkin
3 hari.. gaji bayar hari.. boleh??

kulit depan buku2 diatas di curi dari

serta

Jul 6, 2011

CONTEST : Karang dan Menang by EYFAalias



ok ari ni nak masuk
CONTEST : Karang dan menang by EYFAalias...

Accessories : Tiny-Sprinkles (Like this page)

soalannya ialah : Karang satu CERITA PENDEK
(50-70 patah perkataan sahaja)
 dengan menggunakan gambar di bawah ini
 dan WAJIB selitkan tiga (3) perkataan
yang di berikan iaitu Sebulat Suara,
 Cincang dan Patah.


jawapannya seperti berikut :
Cangkul besar adalah cangkul yang handal
pada suatu hari, cangkul kecil pergi berburu bersama tuannya
tetapi malangnya cangkul kecil tidak mampu
untuk mencincang daging buruan mereka
maka setelah berbincang dengan tuannya,
mereka sebulat suara ingin meminta bantuan
cangkul besar untuk cincang daging buruan mereka
tetapi malangnya
semasa menolong cangkul kecil badan
cangkul besar telah patah.
kini, cangkul besar telah menjadi cangkul kecil
**
gambar diambil selepas kemalangan berlaku..
~tamat~

semalam...

5 julai..
jemputan untuk pelancaran telepon android Sony Ericsson w8
kat Mist Club Bangsar...

KURIGAN ke Kugiran???
ahahaha...
bile teringat aku tergelak sesorang
Kurigan di tepi pantai..
ahahahahha

enjoy gambo ler
***ni ler akibatnya
semangat2 bawak kamera tapi sebab
simpan dalam kete jer..
dapat ler gambo mcm ni..








 gambo alam comel jugak walaupun blur...
nick kamu comel tapi dalam
gambo ni berlaku sedikit gegaran..



dapat gak kawan2 baru...
............

update 4 Julai..

selain dari Nuffnang call tak de ape sangat pun yg jadi
cume g makan2 ngan cik sepupu kat Anjung Selera
Seksyen 13 Shah Alam..
p sana tak dak motif..

pusing2 p cari baju tuk anak buah dia
pastu pusing2 lagi
p bayar bil telepon..
pastu g bina badan kat Anjung...

ni ler makanan kami...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...