-friends-

Jul 8, 2011

malam jumaat

Kisah malam jumaat...jengjengjeng

"Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun, 
baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. 
Kemudian datang beberapa tawaran dari 
orang tertentu menawarkan beberepa perempuan 
untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. 
Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula
memandangkan anak -anaknya sudah besar malah 
tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan 
menjaga makan, minum, sakit, 
pening si duda itu. Setelah meminta tempoh dan 
berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang c
alon isteri yang ditawarkan oleh orang 
kampong maka dia pun berkahwin dengan 
seorang perempuan yang agak muda berusia 
dalam lingkungan dua puluh lima tahun. 
Selepas majlis pernikahan mereka pun
hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... ...
Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang 
khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan 
secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang 
diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama
di surau dia menceritakan apa yang didengarnya
dalam kuliah tersebut. " abang, abang nak tau tak, 
ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ 
bersetubuh kannn abang kann dengan cara 
yang betul dan menjaga syarat yang betul maka 
pasangan tersebut akan mendapat pahala sama 
seperti membunuh 10 ekor atau beberapa 
ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. 
tak apa malam ni malam Jumaat, 
masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, 
betul tak sayanggg" sambil ketawa
Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, 
siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". 
Si suami tersenyum panjang. 
Selang dua hari kemudian, 
si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". 
"tak pe... tunggula malam". Esoknya si isteri berkata
"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". 
Si suami diam sambil mengangguk lemah. 
Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...