-friends-

Jul 16, 2010

~harga minyak naik~harga gula pun~







setelah 11 jam harga benda2 ni semua naik baru aku tau... adoiyai..
teruk tul.. tak mengikuti perkembangan semasa tul..

ni salah satu petikan ahkbar semalam

PETALING JAYA: Kerajaan dijangka mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen berkuat kuasa tengah malam ini.
Bagaimanapun, bagi petrol RON97 akan ditetapkan harga siling RM3 setiap liter.
Sementara harga gas petroleum cecair (LPG) naik 10 sen sekilogram.
Difahamkan pengumuman mengenai kenaikan itu akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.
Serentak dengan itu, harga gula juga dijangka naik sebaik 25 sen setiap kilogram selaras dengan usaha kerajaan mengurangkan kos subsidi yang tinggi ditanggung kerajaan sekarang.
Berikut adalah harga baru:

* Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
* Diesel - RM1.75 seliter.
* Gula - RM1.70 sekilogram
* Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)


pasni tak tau ape nak naik lagi..
kalo gaji naik tak per gak.. 

2 comments:

  1. lpas ni mkn kat mamak pun, mintak air kosng jd RM1

    ReplyDelete
  2. ahaks.. tul tu.. bawak air masak letak dalam botol dari rumah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...