لَهُ آلَتَا الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ , أَوْ مَنْ لَيْسَ لَهُ شَيْءٌ مِنْهُمَا أَصْلًا , وَلَهُ ثُقْبٌ يَخْرُجُ مِنْهُ الْبَوْلُ .
“Orang yang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan atau orang yang tiada langsung mempunyai kedua-duanya dan hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil”.
Dalam Bahasa Inggeris dipanggil: Hermaphrodite.
Khunsa terbahagi kepada dua. Musykil dan tidak musykil
Tidak Musykil ialah yang jelas padanya tanda-tanda jantina sama ada lelaki atau perempuan. Maka ia dihukumkan mengikut yang mana jelas. Kalau lelaki, lelaki lah, kalau perempuan, perempuanlah.
Musykil pula ialah yang tidak jelas padanya tanda-tanda tersebut sama ada ada dua alat dan sama kuat tanda-tanda lelaki atau perempuan. Atau jenis satu lagi yang tiada alat langsung, Cuma ada lubang untuk kencing sahaja.
Menurut majoriti fuqaha’, orang khunsa sebelum balighnya dilihat, jika kencing dari alat kelamin lelaki maka ia dianggap lelaki. Sebaliknya, akan dianggap perempuan, jika kencing dari alat perempuan.
Jika selepas baligh pula, kena lihat tanda-tanda berikut : , Jika tumbuh janggut, atau keluar mani dari zakar atau menghamilkan wanita, maka ia dianggap lelaki. Begitu juga zahirnya tanda-tanda keberanian dan kepahlawanan sepertimana yang disebut al-Suyuti.
Manakala jika zahir buah dada, ada susu atau keluar haid atau boleh dijimak maka ia adalah wanita.
Jika kesemua tanda-tanda berikut lemah atau sukar ditentukan, maka lihat kecenderungannya…jika lebih ke arah lelaki, hukumkan sebagai lelaki. Jika ke arah perempuan pula, maka hukumkan ia perempuan.
Kita kalau dah diciptakan sebagai lelaki / perempuan , maka jadilah seperti apa yang telah ditakdirkan.
Kalau lelaki , jadilah lelaki. kalau perempuan , jadilah perempuan.
Jangan memandai-mandai nak tukar sana tukar sini.
Kalau lelaki , pakai lah baju lelaki .
Kalau perempuan , pakailah baju perempuan.
Dalam dunia ni , cuma Khunsa saja yg dihalalkan (untuk memilih jantina). yang lain lain tu semuanya. Haram.
Kalau lelaki lembut pulak , tak salah kalau percakapan kita terlebih sopan , asalkan jangan tetiba nk tukar jantinalah , nak pakai baju kurunglah , lipstik lah . aaiii. melampau lah tu. memang diakui , terkadang ada lelaki sopan , yg cuba berpura-pura mengeraskan diri , supaya kejantanannya diakui . baguslah tu. dia terima fitrah kejadian dia. tapi , slalunya kurang berjaya sebab , percakapan sopannya tu asik terkeluar. takpalah . u know what? , we are who we are . tak salah pun nak terlebih sopan , asalkan tidak melanggar fitrah.
Cuba kita tengok Chef Wan . dia aku kategorikan sebagai lelaki lembut. cuba tengok cara percakapan dia , macam mak-mak kita . tapi dia lelaki , dan dia sudah pun berkahwin berpuluh tahun yang lalu dan mempunyai anak dan dia juga tidak melanggar fitrah dia sebagai seorang lelaki. Bagus apa…lelaki sejati lah tu..cuma sopan.
Tapi ada segelintir masyarakat kita , terutamanya lelaki yg bajet maskulin dan keras. Di mata perempuan dialah ‘preman’ , dalam sukan dialah juara , berotot tapi akalnya sedikit cetek.