-friends-

Sep 5, 2011

7 petanda kamu Obses terhadapa diri sendiri



1. "OMG, cantiknya wajah wanita ini sambil terbeliak & ternganga. Kulitnya halus, hidongnya mancung, matanya sepet. Ah, mungkin bontot dia berkulat. Mustahilah ada wanita terlalu cantik sebegini.", dia ber-monolog.


2. Suka klik pada "Siapa view profile saya" di Friendster.


3. Di blog dia banyak gajet-gajet untuk mengenal pasti brapa kali & dari mana manusia yang pegi blog dia seperti 'Kiraan Bendera', 'Trafik Siaran Langsung' & semua gajet obses terhadap diri sendiri di dunia.


4. Tidak akan melepaskan peluang melihat cermin satah dan segala permukaan yang berupaya memantulkan cahaya (bayang-bayang pun cukup la) di dalam dunia di mana sahaja dia berjalan, merangkak, mengesot, menunggang kuda mahupun mengendalikan hoverkraf.


5. Suka mengedit gambar diri sendiri tidak kira wajah dia macam pondan belum siap. Ada juga yang tidak mahu nampak terlalu ketara obses terhadap diri sendiri, edit apa-apa bahagian anggota badan / apa-apa bahagian pakaian pun cukup la. 


6. Suka view profile diri sendiri sambil memastikan imej dia tidak jatuh saham & mengira berapa peratus dia sangat sejuk berbanding orang lain.


7. Dia akan menulis blog pasal '7 Petanda Kamu Obses Terhadap Diri Sendiri' dan mengira berapa biji komen dia dapat. Lalala.


**** jadi ape korg fikir ??


********* diambil dari :-  
http://jejariruncing.blogspot.com


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...