-friends-

Feb 16, 2011

R.E.T.A.K

nak update story pasal aku g tengok teater kat
 STOR TEATER DBP pada 14 Februari 2011 ..
petang isnin tu balik umah sewa dengan tergesa2
dah ler naik bas..
sampai kat lif masuk satu mesej..
"ira ko kat ner?? aku dah nak gerak ni" - ezan

aku dah nak kecewa dah..
aku tak sempat ker??
nak balik nak makan dulu
pasal tak makan tengahari,
pastu nak tukar baju
sempat ker??

aku tak jadi makan..
aku tukar baju terus turun..
pastu aku ngan ezan pun g amik
christina kat presint 11 dan terus gerak ke
STOR TEATER DBP
n aku pun makan nasik lemak bungkus
dalam kereta yg bergerak..

kat bawah ni baru cite pasal R.E.T.A.K tu..

“RETAK'' merupakan projek pertama (kumpulan PeTer!). “RETAK” menggabungkan 3 orang pengarah muda dan juga penulis iaitu : NAQUE ARIFFIN, YUSMAR YUSUF dan RAYZA MUKMIN.

Dengan tag line “belum tentu ianya...sempurna” persembahan ini nanti akan membawa isu penantian, pengorbanan dan cinta. “RETAK” bakal membawa penonton menyelami, merasai dan menyedari kepentingan dan keburukan isu yang di ketengahkan ini di dalam jiwa manusia.

1. SuperHero Arjuna

Pengorbanan tanpa balasan.manusia menindas manusia,tulang rusuk adam kepada hawa.Lahir superhero yang ingin menyelamatkan hati kaum hawa yang telah kecundang dalam menempuh pentas dunia.Arjuna, lelaki yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan wanita dalam apa jua musibah.”aku bukanlah superhero penyelamat Negara,tapi aku penyelamat hati wanita sengsara”

ye aku bangga dengan lakonan aizat akmal ahmad sebagai arjuna..
dia berjaya buat air mata aku menitis..




2.Sangkar Madu

ayat fev dalam cerita ni ialah "SAYANGKU"  dan  "AKU TAK MAU CINTA INI BERBAGI" cerita yang menarik..
antara memperjuangkan cinta bangsa dan mementingkan diri..

ye sepatutnya cinta pada negara, bangsa dan agama yang tidak boleh berbagi..

lepas ni nak guna ayat ni lah..

KERNA AKU TAK MAU CINTA INI BERBAGI!!

hehehe..



 
3. Oblivian

fuhh... permulaan yang aku berfikir sampai akhir..
aku pun sebenarnya tak pasti samada aku betul2 faham tak ape yang dia nak sampaikan

tapi after sara tanya ko faham tak ape yg depa nak sampai kan??
aku pun jawab mcm ni..

aku rasa depa cakap pasal ajal kan?? mati tu pastikan??
betul tak??

nasib baik aku faham ape yang depa nak suruh faham..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...