-friends-

Dec 25, 2011

bersiaran langsung dari perlis

siaran langsung dari perlis
sungguh tak tau nak wat per
sampaikan suruh ayah hantar aku ngan adik ke In-games Arau
semata2 nak online fb serta tengok blog berabuk aku ni..
ye aku addicted to Kontrol Histeria sekarang..

Dec 15, 2011

aku tidak kau cinta

Aku memintamu kata yang sebenarnya
Jangan kau cuba bersembunyi
Bila kau mengatakan aku tidak kau cinta
Bebaskanlah diriku dari kecewa

Setiap kali aku meminta jawapanmu
Kau mencari alasan
Yang tak dapat ku terima

Dec 8, 2011

saya cinta awak

Saya cinta awak
Awak cinta dia
Dia tak cinta awak
Awak tetap cinta dia
Saya diamkan diri
Awak kata saya sombong
Bukan saya sombong
Sebenarnya diam adalah ubat terbaik
Untuk merawat luka
Kekecewaan di hati ini.. 

Nov 30, 2011

MOHON PERHATIAN RAKAN-RAKAN

 Kepada sesiapa yang nak let go minyak Lampe Berger 

leh PM saya, dan saya boleh bantu anda clearkan stok yang 

ada... RM5 sebotol.. yang penting stok anda clear..

Nov 16, 2011

Aku Maafkan Kamu

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku

Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku

Oct 26, 2011

wordless wednesday #6

Oct 21, 2011

kenapa begini?

setinggi apa

kita mampu mendaki..
rasa cinta kasih 
dan kesungguhan..
namun bila 
hati jadi terpisah
beri kepastian
agar ku lebur semua...

**yg aku dapat simpulkan disini hubungan kiteorg tiga walaupun gembira
tapi tidak akan membawa kemana2..
berakhir sudah pasti tetapi 
masa belum ditentukan lagi..

yang pasti aku berharap sebelum segalanya lenyap 
cuma kejujuran yg aku pohon..


Oct 20, 2011

cinta dan kentut


kenapa orang kata cinta ibarat kentut??

makin ditahan makin sakit..bila dilepaskan malu... 

dah keluar fuhhh lega rasanya...

agknyer "dalam diam aku menyintai mu" 


bila sampai masa nanti mesti tercium bau (kentut) cinta..


[ni kot dikatakan cinta ibarat kentut..]

mmm macam2 perumpanan untuk cinta ni...

ada lak ckp cinta ibarat pasir yang digenggam..

semakin kuat genggamannya justeru pasirnya makin berkurang...

tah la aku xpandai pasal cinta..

cinta ni anugerah ilahi..cinta datang pada insan yg mahukan cinta..

kalo ditahan takut jdik penyakit angau..

cinta pun boleh bikin ribut 

sebab die banyak menguji setiap hati dan perasaan manusia..

Oct 19, 2011

wordless wednesday #5


percaya diri sendiri!!!

Oct 17, 2011

luahan hati ku lagi


Aku bertepuk sebelah tangan, 

menyayangi tanpa henti, 

mencintai tanpa mengenal penat, 

merindui tanpa mengira waktu,

mengingati tanpa rasa jemu,

aku juga ingin disayangi seperti aku menyayangi mu.. 

Ku ingin kau merasa seperti mana yg ku rasa.. 

Mengapa begitu sukar?adakah kerana aku tidak sesempurna mana?

kadang-kadang rasa cinta itu amat payah nak diakui..
tp lebih payah untuk menafikannya..
hati ini sendiri amat sakit dan pedih selama
menyimpan rasa sayang dan membendung rasa cinta ku kepadamu..
tapi apakan daya
diri ini tidak mampu menafikan hak org lain disisimu..
apapun diri ini tetap gembira melihat kau bahagia dengan insan yg pertama 

dulu dtg dlm hidupmu..


Oct 13, 2011

kongsi

nak tanya pendapat..
apa korang buat kalau korang berkongsi 
bf or scandal dengan sepupu korang yg paling rapat??

kalau tanya aku..
aku heppi..
ahahaha
aku gila semula..
k thanks sudi baca.. 

Oct 5, 2011

wordless wednesday #4

 
segalanya bermula di sini.. kenangan .....

Oct 4, 2011

Pulau Sayak

sape tau pulau sayak kat mane??
balik dari sane ari tu aku dah mengidam nak bela rusa, kambing, itik ayam segala mcm jenis ternakan lah..

**itu memang minat aku pun b4 aku p sana lagi.
tp bila balik minat tu makin mendalam lah..
hurm...








Oct 3, 2011

Cakap Omputih

Pada suatu hari yang hening lagi indah, Pak Din mendapat berita gembira bahawa anak beliau akan pulang daripada belajar di luar negara..

Pak Din :Pekabo nak...dah lame bpisah ye..
Anak beliau: ya, pak
Pak Din:seronok bebeno ye kamu belajo kat sane ...musti pandai cakap omputih...(sambil mengulung kain pelikat)
Anak beliau:Ya!Pak tanye je ape yang pak nak tanye
Pak Din:Pen dalam bahasa omputeh ape?
Anak beliau: DE PEN(The Pen)
Pak Din:Buku pulak?
Anak beliau: DE BUK(The BooK)
Pak Din:Ooo!! macam tu ye..(*sambil berkata dalam hati-Oo! senang bebeno cakap orang putih ni cume kena tambah "de" je ngan ambik 3 perkataan depan je...

Pak Din pon dengan bangga pergi ke warung tempat beliau selalu melepak..disana dia bersembang dengan sorang kawan die nih...

Pak Din :Assalamualaikum, Mat aku ade brite bes ni,aku skang da pandai cakap omputih...ko test le haku..
Mat:Ooo..Ya ka...kalau camtu cakap"KAMBING MAKAN RUMPUT" dalam bahasa omputeh..
Pak Din:Eleh..kacang je tu..ce ni hah..DE KAM DE MAK DE RUM!!!!!!!

Oct 1, 2011

GDJ Photo Contest

Peringatan!! ini entri melekat..
entri terbaru sila skroll ke bawah..

sekian terima kasih


mintak kerjasama semua yg rasa nak support my fren..
dia masuk Photo Contest ni

mintak korang tolong like photo ni kat FB (click Gambor untuk link ke FB)



sape rasa nak join jugak leh click sini

to Jija: aku dah tunai kan ape aku cakap...
good luck fren..

Sep 28, 2011

wordless wednesday #3


i love pictures
because the best thing about them is that 
they never change 
even when the people in it do..


Sep 23, 2011

Idea

makin hari 
makin haru..
idea hilang melayang
dibawa terbang angin bosan

bidang kerja jauh berlari
jauh dari diri
jauh dari hati..
apa yang bakal terjadi
tetap akan terjadi
mari sama-sama kita telusuri..

what will be, will be..

*** novel marathon :- 
Mandatori - Ramli Awang Murshid, 
The Book of Tomorrow - Cecelia Ahern, 
dan 
P.S I Love you- cecelia Ahern..


Sep 22, 2011

Perbezaan Antara Gay, Pondan, Metroseksual Dan Lelaki Lembut


Ramai orang yg tersalah tafsir akan gay , pondan/maknyah , bapok or whatever that they usually calling. sebenarnya mereka berbeza. begitu juga dengan khunsa
GAY
- Terbahagi kepada dua. satu lelaki yang maskulin (lelaki yg sejati. tiada langsung ciri2 feminin) dan dan suka akan lelaki. (sesama jantina)

- Satu lagi lelaki yang lembut , ciri2 nya lebih kepada wanita sama ada dari segi percakapan , bentuk tubuh badan , dan perwatakannya. Naluri mereka juga suka akan lelaki. (sejenis) dari segi dialek melayu , mereka disebut sebagai pondan ataupun maknyah.
- Persamaan antara kedua-duanya adalah mereka suka akan lelaki. (dan dilaknat Allah)
METROSEKSUAL
- Mereka bukannya gay ataupun pondan. mereka adalah lelaki sejati yang lurus (maskulin). perbezaan mereka adalah mereka menyukai perkara-perkara yg kebiasaaannya ada pada wanita. seperti menjaga kulit wajah dan bentuk badan.menyukai wangi-wangian dan bedak dll. sentiasa mengelak daripada melakukan perkara2 yg boleh merosakkan kecantikan mereka. aku istilahkan mereka sebagai preetyboy . tapi kalau orang melayu cakap mat jambu. hahaha.
LELAKI LEMBUT
- Kalau dalam bahasa kasar , orang sebut sebagai Sotong..
- Sotong adalah lelaki yg lurus. Nalurinya juga lurus dan suka kepada wanita. perbezaannya adalah perwatakannya dan percakapannya yg menyerupai wanita. namun dari segi penampilan dan pemakaian , mereka adalah lelaki yang tulen. aku istilahkan mereka sebagai lelaki lembut , atau lelaki sopan . kenapa ? sebab , kadang2 perwatakan mereka yg sopan mengalahkan wanita. percakapannya yg lembut dan sentiasa disenangi oleh golongan wanita berbanding lelaki normal.
- Lelaki sotong bukannya pondan dan bukannya gay. mereka tetap lelaki yg sejati , cuma lebih sopan berbanding lelaki yg normal. jadi jangan sesekali memanggil mereka dengan panggilan yg kasar. mereka juga lelaki normal. mereka diciptakan untuk menjadi lelaki , dan mereka bersyukur dengan kurniaan yg telah diberi cuma kelembutan yang ada dan tidak dapat disembunyikan (semulajadi , walaupun mereka cuba mengeraskan diri , tapi tetap tidak berjaya dan kelembutan mereka sering kali terserlah.haha) menjadikan mereka lebih sopan berbanding lelaki biasa.
PONDAN / MAKNYAH
Mereka adalah lelaki lembut & mengatakan bahawa mereka mempunyai jiwa perempuan yang terperangkap di dalam tubuh lelaki.
Pondan, bapok atau nyah lebih suka berpakaian menyerupai perempuan. Mereka mengenakan bra walaupun pada hakikatnya tetek mereka kecik persis seorang lelaki sejati.
Untuk menutup kehenseman wajah seorang lelaki, nyah biasanya akan mengambil pil hormon utk menukar suara yg garau & menghentikan pertumbuhan misai serta janggut, membuat pembedahan membesarkan payudara, membuang kerongkong, membesarkan paha & punggung. Peringkat nyah paling teruk sekarang ni banyak yg membuat pembedahan menukar alat kelamin.
Ada yang pada mulanya menyangka mereka itu perempuan betul tapi bila bersuara, memang sah jantan! Haha.
KHUNSA
- Ini adalah semula jadi ciptaan Allah. bukan disengajakan seperti gay/pondan/maknyah. mereka 100% tidak dilaknat Allah. penciptaan mereka ini menunjukkan betapa Allah itu Maha Pencipta.
-
لَهُ آلَتَا الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ , أَوْ مَنْ لَيْسَ لَهُ شَيْءٌ مِنْهُمَا أَصْلًا , وَلَهُ ثُقْبٌ يَخْرُجُ مِنْهُ الْبَوْلُ .
“Orang yang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan atau orang yang tiada langsung mempunyai kedua-duanya dan hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil”.
Dalam Bahasa Inggeris dipanggil: Hermaphrodite.
Khunsa terbahagi kepada dua. Musykil dan tidak musykil
Tidak Musykil ialah yang jelas padanya tanda-tanda jantina sama ada lelaki atau perempuan. Maka ia dihukumkan mengikut yang mana jelas. Kalau lelaki, lelaki lah, kalau perempuan, perempuanlah.
Musykil pula ialah yang tidak jelas padanya tanda-tanda tersebut sama ada ada dua alat dan sama kuat tanda-tanda lelaki atau perempuan. Atau jenis satu lagi yang tiada alat langsung, Cuma ada lubang untuk kencing sahaja.
Menurut majoriti fuqaha’, orang khunsa sebelum balighnya dilihat, jika kencing dari alat kelamin lelaki maka ia dianggap lelaki. Sebaliknya, akan dianggap perempuan, jika kencing dari alat perempuan.
Jika selepas baligh pula, kena lihat tanda-tanda berikut : , Jika tumbuh janggut, atau keluar mani dari zakar atau menghamilkan wanita, maka ia dianggap lelaki. Begitu juga zahirnya tanda-tanda keberanian dan kepahlawanan sepertimana yang disebut al-Suyuti.
Manakala jika zahir buah dada, ada susu atau keluar haid atau boleh dijimak maka ia adalah wanita.
Jika kesemua tanda-tanda berikut lemah atau sukar ditentukan, maka lihat kecenderungannya…jika lebih ke arah lelaki, hukumkan sebagai lelaki. Jika ke arah perempuan pula, maka hukumkan ia perempuan.
Kita kalau dah diciptakan sebagai lelaki / perempuan , maka jadilah seperti apa yang telah ditakdirkan.
Kalau lelaki , jadilah lelaki. kalau perempuan , jadilah perempuan.
Jangan memandai-mandai nak tukar sana tukar sini.
Kalau lelaki , pakai lah baju lelaki .
Kalau perempuan , pakailah baju perempuan.
Dalam dunia ni , cuma Khunsa saja yg dihalalkan (untuk memilih jantina). yang lain lain tu semuanya. Haram.
Kalau lelaki lembut pulak , tak salah kalau percakapan kita terlebih sopan , asalkan jangan tetiba nk tukar jantinalah , nak pakai baju kurunglah , lipstik lah . aaiii. melampau lah tu. memang diakui , terkadang ada lelaki sopan , yg cuba berpura-pura mengeraskan diri , supaya kejantanannya diakui . baguslah tu. dia terima fitrah kejadian dia. tapi , slalunya kurang berjaya sebab , percakapan sopannya tu asik terkeluar. takpalah . u know what? , we are who we are . tak salah pun nak terlebih sopan , asalkan tidak melanggar fitrah.
Cuba kita tengok Chef Wan . dia aku kategorikan sebagai lelaki lembut. cuba tengok cara percakapan dia , macam mak-mak kita . tapi dia lelaki , dan dia sudah pun berkahwin berpuluh tahun yang lalu dan mempunyai anak dan dia juga tidak melanggar fitrah dia sebagai seorang lelaki. Bagus apa…lelaki sejati lah tu..cuma sopan.
Tapi ada segelintir masyarakat kita , terutamanya lelaki yg bajet maskulin dan keras. Di mata perempuan dialah ‘preman’ , dalam sukan dialah juara , berotot tapi akalnya sedikit cetek.
Golongan ini memang anti-gay+lembut & menolak 100% lelaki yg sopan ini. kalau nak menolak lelaki pondan@gay ni tak pa la..sebab memang nabi pernah buat camtu
tapi janganlah menolak lelaki yg lembut ini…jangan cerca mereka…jangan hina mereka. Terimalah mereka seadanya…bersyukurlah kerana mereka terima fitrah kejadian mereka berbanding si pondan dan si gay .
- Jangan kuat menghina orang , nanti dapat dosa tak masuk syurga padan muka. Bila kawin nanti , dapat anak gay pulak. ahh sudahh. hahaha.
- Sentiasa bersyukur akan fitrah kejadian kita. Kalau kita diciptakan oleh Allah menjadi lelaki hensem, kita perlu terima seadanyaa. yelah , nak buat macam manaa kaann??


Sep 20, 2011

Kenduri Kawen Bos

bos aku kawen lagi??

eh tak2..
anak dia yang kawen..
aku selalu tersasul bgitu..

gambo ada ler..
aku pun bukan kenal anak dia..

sila lah tengok gambo..









Sep 19, 2011

Sambutan Hari Malaysia

Yeah..
pada 16 September 2011 ari tu..
aku p Dataran Kemerdekaan Shah Alam
tuk Sambutan Peringkat Negeri Selangor

aku sangat menikmati saat indah itu

***indah ker??
ok ler pertunjukan dan perasmian Selangorku Idamanku tu..









Sep 15, 2011

Selamat menyambut hari malaysia 1609

Selamat menyambut Hari Malaysia 
kepada semua bangsa malaysia


berkenaan dengan ni
aku akan menghadirkan diri di dataran shah alam pada hari jumaat 
jam 8 mlm sempena sambutan di negeri selangor.. 

sekian.. 

Sep 9, 2011

Lagi Power Lagi Best!!

MUNGKIN inilah rupa sebenar Myvi Extreme 1.5.
Jika Myvi baru menggunakan tagline ‘Lagi Best’, kereta terbaru ini pula menggunakan tagline ‘Lagi Power, Lagi Best’.
Lagi Power mungkin merujuk kepada kapasiti enjinnya yang dipertingkatkan kepada tahap 1.5 liter.
Sangat bergaya dan sangat Extreme.
Inilah rupa sebenar Myvi Extreme.
Kemungkinan model ini akan terus mendominasi pasaran auto negara kita.
Ia sangat lebih menarik berbanding dari model asal mahupun keluaran Daihatsu di Jepun.
Inilah rupa sebenar Myvi Extreme.
Rekaan hadapan yang kita lihat lebih radikal dan garang dengan gabungan warna kuning eksklusif dan hitam berbanding gambar terdahulu yang diambil dalam kilang.
Dijangka model ini akan ke pasaran tempatan pada bulan ini dan harganya dijangka lebih kurang RM60,000.
************ mcm berminat jugak.. ahahahaha tp gune jelah ape yg ada n bersyukur lah..

Sep 6, 2011

Polis vs Mat Rempit



penunggang motor d tahan polis sbb keslahan x de lampu

Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa?

Polis: La.. x kan x tau kot.Untuk keselamatan ko la.


...Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang 

lampu lagi ka?

Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!

Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu.

Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa. Camna aku nak balik?

Polis: La...sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka?


***suke polis tu.. hahahahaha 

Sep 5, 2011

7 petanda kamu Obses terhadapa diri sendiri



1. "OMG, cantiknya wajah wanita ini sambil terbeliak & ternganga. Kulitnya halus, hidongnya mancung, matanya sepet. Ah, mungkin bontot dia berkulat. Mustahilah ada wanita terlalu cantik sebegini.", dia ber-monolog.


2. Suka klik pada "Siapa view profile saya" di Friendster.


3. Di blog dia banyak gajet-gajet untuk mengenal pasti brapa kali & dari mana manusia yang pegi blog dia seperti 'Kiraan Bendera', 'Trafik Siaran Langsung' & semua gajet obses terhadap diri sendiri di dunia.


4. Tidak akan melepaskan peluang melihat cermin satah dan segala permukaan yang berupaya memantulkan cahaya (bayang-bayang pun cukup la) di dalam dunia di mana sahaja dia berjalan, merangkak, mengesot, menunggang kuda mahupun mengendalikan hoverkraf.


5. Suka mengedit gambar diri sendiri tidak kira wajah dia macam pondan belum siap. Ada juga yang tidak mahu nampak terlalu ketara obses terhadap diri sendiri, edit apa-apa bahagian anggota badan / apa-apa bahagian pakaian pun cukup la. 


6. Suka view profile diri sendiri sambil memastikan imej dia tidak jatuh saham & mengira berapa peratus dia sangat sejuk berbanding orang lain.


7. Dia akan menulis blog pasal '7 Petanda Kamu Obses Terhadap Diri Sendiri' dan mengira berapa biji komen dia dapat. Lalala.


**** jadi ape korg fikir ??


********* diambil dari :-  
http://jejariruncing.blogspot.com


Sep 4, 2011

salam lebaran

salam lebaran buat semua..
lama gile tak tengok cinta hati ni..
terabai sangat2 dah dia ni..

harap korang tak terabai mcm 
cinta hati aku ni..
n ceria sepanjang syawal..

ingat2 mereka yang memerlukan..
kunjung mengunjung sanak saudara..
dan sahabat handai..

tahun ni aku p beraya rumah member2 PLKN 
dulu..
tak pernah sepanjang hidup ni aku p beraya umah kawan..
1st time ok..
hahahah
teruk kan??
kaki kena ikat 
biasa lah anak perempuan kan??
ape aku merapu ni??
ok..
wa caw..
dah mau tido.. 

Aug 22, 2011

jom cuba

ni aku dapat masa blog walking kat 
http://telordibasuh.blogspot.com/

jom kita mulakan

i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat


kongsi korang punya ayat kat sini.. ada yg dapat kelakar 
contoh aku bagi bos aku kat tempat aku part time lah...
dia punye b'day 2 June n dia pakai baju warna hitam

aku terkentut depan komputer aku sebab aku gila..
tp aku punye tak best pun

aku jerit dekat kawan aku sebab aku tak tahan..

jom kongsi...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...