-friends-

Mar 3, 2009

luahan rasa

Malam tadi aku rasa sunyi sangat,
rasa macam kehilangan sesuatu tapi aku tak tahu apa dia..
Kehilangan itu aku rasa amat bermakna sangat
dalam hidup aku tapi aku tak tahu apa dia..
Pelik bukan?? rasa kehilangan tapi tak tahu apa dia??
Mungkin aku perlu muhasabah diri aku sendiri sebelum terlambat..
Aku tidak seharusnya fikir saat yang telah berlaku tapi harus fikir apa yang akan aku buat untuk lalui saat-saat yang mendatang selagi hayat aku masih ada..
Aku selalu merasakan sudah buat yang terbaik tapi tak pernah dihargai, masih kurangkah tahap terbaik itu??
Aku merasakan diri aku menjadi orang lain untuk menggembirakan hati orang lain tapi hati sendiri tiada yang peduli..
Aku berusaha untuk jadi yang sempurna di mata orang lain walaupun aku tahu tiada manusia yang sempurna..
Aku korbankan semua perasaan aku untuk tunaikan permintaan orang lain..
Bila orang di sekeliling aku menangis, aku turut menangis tapi bila aku menangis, tiada siapa yg tahu..
Aku akan jadi hyper active dan sedikit gila utk menutupi semua kesedihan dan kesakitan yang aku alami..
Hakikatnya aku tidak mampu untuk menyembunyikan semua kesakitan dan kesedihan aku..
Aku ni manusia biasa yang perlukan kasih sayang dan perhatian sama macam orang lain..
Aku buat bende yang orang tak suka semata-mata untuk tarik perhatian orang sekeliling aku..
Wajar ke aku buat macam tu??
Aku tak minta banyak, cukup sekadar orang di sekeliling aku tahu dan sedar yang aku ni wujud dalam dunia mereka..
Aku sendiri tak mengerti samada orang keliling aku yang tak faham diri aku atau aku yg tak nak mereka faham diri aku..
Mungkin aku yang tak nak mereka faham aku, tiap kali ada yang cuba memahami diri aku, aku akan lari..
Mungkin ini kelemahan aku, aku tak nak orang faham diri aku..
Aku tak nak mereka tahu semua kisah silam aku..
Aku tak nak mereka tahu apa yg aku pernah lalui untuk sampai tahap ni..
Biar aku sendiri yang simpan semua kisah aku, aku tak perlu orang lain untuk berkongsi walaupun hakikatnya aku amat memerlukan orang lain untuk meluahkan semua isi hati aku..
Ego ke aku atau aku takut dengan bayang-bayang aku sendiri??
Aku tak nak orang lain simpati dengan aku kerana aku tak perlukan simpati dan belas kasihan orang lain..
Aku tak nak orang lain risaukan keadaan aku walaupun aku tahu mereka risaukan aku..
Aku mampu untuk hidup sendirian walaupun aku sendiri tak tahu samada aku boleh menempuh hari yang mendatang..
Biar semua kesakitan,kesedihan, keperitan dan kesengsaraan ini aku tanggung sendiri walaupun aku dah tak mampu menanggungnya lagi..
Aku harap tidur aku selepas ini tidak lagi diselubungi dengan bayang-bayang hitam kerana aku mahukan tidur yang aman sebelum aku menghembuskan nafas terakhir..

Feb 23, 2009

mama agro resources

Mama Agro Resources

Assalamualaikum..

Apa khabar??
Ada tanam pokok bunga kat rumah? Bunga tak elok@ tak cantik?
Ada tanam sayuran atau buah-buahan? Tapi hasilnya kurang menjadi?
Anda sudah penat memikirkannya? Badan anda letih setelah seharian bekerja? Anda tak ada masa untuk tanaman anda?

Jangan risau…Kami ada penyelesaiannya..

Pembajaan dari rumah ke rumah..YE!!
Tak pernah dengarkan??
Kami boleh tolong anda menjaga tanaman anda..
Bile masanya?? Bile2 pon boleh..Pagi..Petang..Malam..
Gunakan baja apa ek??....Baja special ni…

- BAJA VERMIKOMPOS…!!!BAJA CACING..TERBUKTI BERKESAN..
- CT (BAJA CECAIR) – utk siraman bunga...(orkid dll)
- TANAH CAMPURAN…(TOP SOIL)
- MEDIUM..

Yang buat, yang proses sume kami…jadi..kualiti pasti terjamin..tiada bahan yang memudaratkan…
Kami juga ada menawarkan kursus, khidmat nasihat & pembekalan cacing dan baja bagi yang berminat.
Jika berminat hendak mencuba perkhidmatan kami, hubungi no yang tertera seperti di bawah :

Nurnabila bt Rosli (Bella - 0122076494/0193686932 – Kawasan Bukit Jelutong)
Hazirah bt Khazali (Iera – 0133545049 – Kawasan Sek.18@Putrajaya)

Jan 20, 2009

~~my mom~~

lama tak menaip kat cni... windu sangat.. tapi tak berkesempatan lah...
hahahaa aku asyik gaduh ngan mak aku jer
tekanan lah aku
nak cari aku merata lah dia mengacau kawan aku
tak der nya aku nak lari rumah
duit semua kat dia
tapi kalo tak tahan aku blh wat ape saje
tekanan lah beb.......

saper yang tau citer aku mesti kate, "kalo aku jadi ko mau jadi gila""
aku pun dah hampir2 nak g daftar diri kat tampoi atau tanjung rambutan jer ni...
tekanan yang amat dasyat telah melanda diri ini...
hahahaha
mcm ner lah kan kalo aku dah kawen??? mcm ni jugak ker??
tapi aku rase aku memang takkan rase sedikit bebas dari mak aku walaupun dah kawen....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...